> UTARA > PTSS bantu pelajar semester akhir tangguh pengajian kerana masalah kewangan
PTSS bantu pelajar semester akhir tangguh pengajian kerana masalah kewangan
SHAHRIL ANNUAR AHMAD, PTSS Jumaat | 11 Januari 2019

ARAU - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis prihatin membantu pelajar miskin yang kurang mampu untuk meneruskan pengajian disebabkan kekangan kewangan.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, http://www.ptss.edu.my/v9/index.php, Rosnizam Kamis berserta pegawai dan kakitangan jabatan baru-baru ini telah mengunjungi rumah pelajar tersebut, Nor Asmawati Azmei di Jalan Kilang Gula, Kampung Titi Tambang, Perlis menyampaikan bantuan kewangan berupa wang tunai bernilai RM 350.00 kepada pelajar dan juga barangan dapur kepada keluarga pelajar berkenaan. Pelajar tersebut merupakan anak kedua daripada empat orang keluarga berkenaan.

Menurut Rosnizam Kamis, bantuan yang diberikan ini ialah bagi membantu pelajar meneruskan pelajaran di politeknik di samping meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung pelajar dalam mengejar cita-cita dan kejayaan untuk masa hadapan mereka.

Katanya lagi, beliau menerima maklumat dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik PTSS, terdapat seorang pelajar semester akhir yang terpaksa menangguhkan pengajian kerana yang menghadapi masalah kewangan untuk membayar yuran pengajian.

Hasil daripada siasatan yang dilakukan, keluarga pelajar ini dalam kategori miskin di mana ibu beliau menjana pendapatan melalui kerja urutan di kampung dengan suami yang bekerja kampung dengan pendapatan yang tak seberapa di samping terpaksa memelihara empat orang anak dengan seorang anak kurang upaya.

“Sebaik sahaja kita mendapat maklumat keadaan pelajar ini, kita telah membuat kutipan derma dengan segera bagi membantu pelajar ini agar beliau dapat meneruskan pengajian dan bergraduat seperti yang dijadualkan. Insya Allah kita akan membantu setakat yang terdaya untuk meringankan bebanan mereka,” katanya.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS Rosnizam Kamis menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur kepada Mariam Bakar, ibu kepada pelajar PTSS Nor Asmawati Azmei.

Bagi Mariam Bakar ibu pelajar berkenaan berkata, “Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada PTSS kerana memberikan sumbangan wang bantuan ini dalam membantu anak saya meneruskan pengajian di PTSS, budi baik pihak PTSS membantu keluarga saya adalah sangat-sangat saya hargai”.

Nor Asmawati Azmei juga melahirkan rasa terharu kerana pihak PTSS sanggup membantu beliau di semester akhir pengajian di PTSS sebelum menjalani latihan industri dan seterusnya menamatkan pengajian di peringkat diploma.

Sumbangan bantuan barangan dapur disampaikan sendiri oleh Rosnizam Kamis dan sumbangan bantuan kewangan disampaikan Pegawai Perhubungan Awam PTSS, Shahril Annuar Ahmad mewakili Pengarah PTSS Abdul Malek Hassan. Turut serta hadir semasa bantuan diberikan Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Mazrul Hisyam Mat Ali.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
ARAU - “3rd Innovation Competition 2018” yang telah dianjurkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) ini telah mencetuskan budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan...
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) mencipta sejarah apabila menerima Sijil Pengiktirafan MS ISO 21001: 2018 baru-baru ini. PTSS merupakan salah satu politeknik...
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) baru-baru ini telah semarakkan penggunaan Bahasa Melayu, di sekolah agama yang dikenali sebagai ‘Foundation Saengthum...
ARAU – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS), telah berjaya memenangi Anugerah Pendidikan Sains daripada Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) pada Majlis...
“Pelajar perlu memperkasakan diri dengan memiliki kesarjanaan ilmu, ketrampilan sahsiah diri, kecemerlangan kepimpinan dan menguasai kemahiran insaniah”,
JASIN - Politeknik Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila program World #QuranHour akan diperluaskan di institusi itu pada 14 Ogos setiap tahun bermula tahun ini. Pengarah...