> UTARA > PTSS bantu pendaftaran murid tahun satu
PTSS bantu pendaftaran murid tahun satu
SHAHRIL ANNUAR AHMAD Jumaat | 11 Januari 2019

ARAU- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) baru-baru ini telah melibatkan pelajarnya membantu pihak sekolah mendaftar kemasukan untuk murid tahun satu di dua sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang dan Sekolah Tengku Budriah, Arau,Perlis. Program ini dinamakan Program Kesukarelawan ‘Boleh Kami Bantu’. Seramai 31 pelajar PTSS dan 4 pegawai PTSS terlibat dalam program yang diadakan selama sehari ini dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang memahami nilai kesukarelawan dalam menyantuni kehidupan masyarakat di samping memberi peluang kepada pelajar mempelajari kehidupan bermasyarakat dan mewujudkan pelajar yang prihatin terhadap masyarakat setempat. Program ini juga dapat memperkukuhkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat.

Program ‘Boleh Kami Bantu’ ini turut dipenuhi dengan aktiviti seperti membantu keluarga murid tahun satu dalam urusan pendaftaran kemasukan, pemudah urusan membawa peralatan barang pelajar, keluarga yang mendaftar dan membantu sekolah dalam aspek kawalan lalulintas serta keselamatan murid tahun satu semasa urusan pendaftaran kemasukan.

Pelajar http://www.ptss.edu.my/v9/index.php juga turut mengedarkan sumbangan pensel warna secara percuma kepada murid-murid yang mendaftar untuk menggembirakan mereka untuk bersekolah. Mereka juga turut mengedar cenderamata dan juga risalah promosi untuk kemasukan ke politeknik agar ibu bapa yang menghantar anak untuk mendaftar menyedari kewujudan politeknik dan peluang-peluang pengajian yang ditawarkan untuk anak-anak mereka yang lain.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS, Rosnizam Kamis berkata, melalui aktiviti yang diadakan ini akan dapat mengeratkan hubungan yang baik antara PTSS dan pihak sekolah serta ibu bapa murid-murid berkenaan.

Sukarelawan PTSS bergambar bersama Abdul Hadi Abdul Halim, Pen Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Tuanku Budriah,Perlis.

“Ini merupakan kali pertama pihak PTSS mengadakan program sebegini untuk membantu pihak sekolah yang berdekatan dan juga para ibu bapa yang mendaftar anak untuk kemasukan ke tahun satu sekolah rendah,” katanya.

Bagi Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang,Perlis, Rosmini Man berkata, kehadiran pelajar PTSS ke sekolah semasa pendaftaran murid tahun satu ini sangat-sangat membantu pihak sekolah terutama guru-guru yang terlibat dalam pendaftaran tersebut. Terasa kurang sedikit bebanan apabila pelajar PTSS turut serta membantu.

Manakala Azhar Darus, Guru Besar, Sekolah Tuanku Budriah,Perlis berkata program seperti ini seharusnya diteruskan oleh pihak PTSS kerana kehadiran pelajar PTSS adalah amat bermakna kepada pihak sekolah. Pihak sekolah sememangnya berharap bantuan tenaga seperti ini membantu guru-guru membuat pendaftaran kemasukan murid tahun satu.

Pelajar PTSS sedang mengedar risalah promosi kemasukan ke Politeknik kepada ibu bapa yang mendaftar anak di Sek Keb Tambun Tulang.

Salah seorang peserta, Norhayati Mustafa pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi PTSS berkata, program yang diadakan ini berjaya menambah ilmu dalam kalangan pelajar supaya mereka tidak kekok lagi pada masa akan datang untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat khususnya kepada ibu bapa murid tahun satu yang mendaftar di sekolah ini.

Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan berkata, program ‘Boleh Kami Bantu’ ini memberikan impak yang berkekalan, pelajar bukan sahaja berbakti malah perlu memahami kerenah murid tahun satu dan membantu guru-guru juga kepada ibu bapa yang memerlukan pertolongan semasa pendaftaran.

“Melalui program ini juga mereka akan dapat keluar dari satu ruang lingkup yang terhad dan saiz pemikiran mereka akan lebih berkembang dan akan lebih mendewasakan mereka dalam masyarakat,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) baru-baru ini telah semarakkan penggunaan Bahasa Melayu, di sekolah agama yang dikenali sebagai ‘Foundation Saengthum...
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) mencipta sejarah apabila menerima Sijil Pengiktirafan MS ISO 21001: 2018 baru-baru ini. PTSS merupakan salah satu politeknik...
ARAU – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS), telah berjaya memenangi Anugerah Pendidikan Sains daripada Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) pada Majlis...
ARAU – “Program Gerak Usahawan Kampus (GUK) Politeknik Zon Utara berjaya menjana RM61,000 dari hasil jualan yang dibuat sepanjang 2 hari program ini diadakan di Politeknik...
ARAU - “3rd Innovation Competition 2018” yang telah dianjurkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) ini telah mencetuskan budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan...
“Pelajar perlu memperkasakan diri dengan memiliki kesarjanaan ilmu, ketrampilan sahsiah diri, kecemerlangan kepimpinan dan menguasai kemahiran insaniah”,