> AKTIVITI KAMPUS > Majlis serah tugas penjawat utama HEP
Majlis serah tugas penjawat utama HEP
SAMSUDIN OLI MOHAMED, UUM 11 January 2019

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyaksikan pertukaran sembilan penjawat utama terdiri daripada Pengarah JHEP Dr Mohd Dino Khairri Shariffuddin yang digantikan oleh Prof Madya Dr Hendrik Lamsali yang sebelum ini Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COB.

Antara pertukaran lain ialah Pengarah Pusat Alumni, Pengarah Pusat Sukan dan beberapa Pengetua Inapan Siswa (Inasis).

Dr Hendrik (kanan) terima tugas dari Dr Mohd Dino (kiri).

Di majlis itu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim yang menyaksikan penyerahan tugas antara penjawat utama ini berharap mereka menumpukan perkhidmatan utama kepada pelajar dalam tugas mereka nanti.

Pengetua Inasis UUM Dr Zaki (kanan) terima tugas dari Che Sharima Ruwaida Abas yang dilantik Pengetua Inasis MAS.

‘Kebajikan dan perkhidmatan kepada pelajar merupakan peranan utama kita dan pertukaran jawatan pula adalah perkara biasa namun tugas dan jawatan hakiki perlu kita teruskan dalam memikul tugas dan amanah itu nanti,’ katanya ketika berucap di majlis itu.

Majlis yang diadakan di bilik Angsana 1 Hotel EDC https://auth.uum.edu.my/nidp/idff/sso?id=31&sid=2&option=credential&sid=2&target=https://portal.uum.edu.my/ turut dihadiri oleh ketua-ketua pusat, bahagian, pengetua-pengetua Inasis dan pegawai-pegawai JHEP.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SINTOK – Seramai 30 mahasiswa dan staf dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Bengkel Rakan Media dan Rakan Web di Hotel EDC Kuala Lumpur...
Dalam satu ruangan penulisan #MalaysiaMembaca di dalam akhbar Sinar Harian hasil tulisan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini telah menyuarakan pendapatnya bahawa di...
PROFESOR Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Melaka) yang baharu bagi tempoh...
ALOR SETAR - Pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) melantik lima orang pensyarah kanan menganggotai Majlis Penasihatan Naib Canselor dalam misi pembaharuan universiti...
PEJABAT Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan proses penamaan calon bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi...
SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkul gelaran Universiti Terbaik sempena Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam...