> ISU > Jurufoto Mowgli Malaysia ini kongsi detik awal terhasilnya gambar yang menang anugerah besar!
Jurufoto Mowgli Malaysia ini kongsi detik awal terhasilnya gambar yang menang anugerah besar!
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI Jumaat | 11 Januari 2019

Foto yang melibatkan mainan emosi antara manusia dan haiwan peliharaannya menjadi subjek bagi Nazri Sulaiman sehingga hasil bidikan lensanya itu berjaya memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

Malah foto yang melibatkan Syukor Khamis, 14, dianggap sebagai Mowgli kerana keakrabannya dengan haiwan diambil pada 2017 itu menjadi tular di laman sosial sehingga mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Graduan Universiti Sains Malaysia (USM) ini menjelaskan gambar yang diambilnya itu selepas dia melihat Syukor di laman Facebook yang dimuatnaik oleh orang lain pada tahun 2014.

"Secara kebetulan, kampung Syukor bersebelahan dengan orang rumah saya di Terengganu...apabila pulang ke kampung halaman isteri, saya cuba cari selain bertanya dengan penduduk di kawasan itu.

"Alhamdullilah, saya dapat berjumpa dan berkenalan dengan Pak Khamis dan Syukor selain turut turun ke kandang haiwan peliharaan mereka untuk merakam momen-momen pada ketika itu," katanya ketika dihubungi Kampus Uols.

Tunggu dan rakam momen terbaik

Graduan Kejuruteraan Mekanikal ini juga sering mengikuti Pak Khamis dan Syukor ketika mereka mahu melepaskan haiwan peliharaan mereka pada waktu pagi.

Malah dia juga akan mengambil gambar ketika ayah Syukor melepaskan haiwan peliharaan pada waktu pagi.

Foto yang diambil oleh Nazri Sulaiman dan menang di peringkat antarabangsa

"Saya suka ambil gambar pada waktu pagi kerana ia lebih cantik berbanding di sebelah petang selain ia dapat mengelakkan 'back light'.

"Ditambah dengan mainan emosi yang ditunjukkan oleh Syukor ketika bermain-main dengan haiwan peliharaan milik ayahnya menyebabkan saya tidak berhenti untuk membidik lensa ke arah mereka," katanya.

Ditanya bagaimana mendapat momen ketika mengambil gambar Syukor, Nazri menjawab, ia datang secara tiba-tiba selain menunggu untuk mendapatkan sekeping foto yang baik.

"Sebagai contoh gambar yang saya menang dalam pertandingan itu, Syukor datang duduk kepada kerbau milik ayahnya dan secara tiba-tiba kepala haiwan itu di atas pahanya. Apa yang lebih menarik apabila Syukor dan kerbau itu menunjukkan emosi sedih.

"Pada ketika Syukor memujuk, membelai haiwan itu ditambah kerbau yang berada di belakang mengerumuni seolah-olah mahu memujuk mereka dan pada ketika itu saya dapat merasakan ia adalah momen yang terbaik perlu diambil dengan segera," katanya.

Lebih banyak pertandingan akan disertai

Nazri juga tidak menyangka sekeping gambar itu juga mendapat anugerah berprestij Siena International Photo Awards 2018 dan Image of Asia Photography Award 2018 kategori 'Street/People'.

Katanya, gambar yang dihantar pada tahun lalu itu juga menjadi tular di laman media sosial dan mendapat perhatian daripada orang ramai.

Antara gambar yang diambil oleh Nazri

"Sebelum ini, saya juga pernah menyertai pertandingan fotografi dan menang tetapi kemenangan kali ini lebih bermakna.

"Bagi saya ini bukan penamat, tetapi menjadi pembakar semangat untuk terus menyertai lebih ramai pertandingan fotografi pada masa hadapan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukor, satu dalam sejuta!


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA TERENGGANU - Jam menunjukkan 8.40 malam, suasana Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang, Terengganu gelap gelita. Kelihatan dua ekor penyu Agar timbul di permukaan Laut China...
KUALA NERUS - Bukan saja cantik tetapi juga bijak, demikian pasangan kembar ini membawa keceriaan berganda kepada seluruh anggota keluarga dan rakan-rakan apabila lulus cemerlang...
KUANTAN - Memandu dalam keadaan mengantuk dipercayai menjadi punca kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Produa Viva dan treler di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang...
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaya (PEKERTI) dan Staff Engagement And Social Event Committee, UM (SENSE) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...
TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) melalui Pusat Ulul Albab hari ini mengadakan Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Gabungan Persatuan...
CYBERJAYA - Jerih perih selama 3 tahun telah berjaya membuahkan hasil bagi Hafizul Fadzli Ab Rahman apabila berjaya ditauliahkan sebagai penerima pingat emas bagi Anugerah Remaja...