> ISU > Diet bukan untuk dipuji... niat ini buatnya berjaya hilang 35.5kg dalam 8 bulan!
Diet bukan untuk dipuji... niat ini buatnya berjaya hilang 35.5kg dalam 8 bulan!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 11 Januari 2019

Setiap tahun, ramai antara kita berazam untuk memulakan misi diet seawal tahun. Diet untuk kurus dan sihat antara azam dan misi popular dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita. Namun, tidak semua berupaya melepasi azam mereka kerana perancangan mereka akhirnya kecundang atas beberapa faktor, antaranya tidak berdisiplin, tidak bersenam dan makan tidak menentu.

Tetapi bagi Wani Syazwani yang memuat naik perkongsiannya di akaun Facebook miliknya berjaya menurunkan puluhan kilogram dalam beberapa bulan membuatkan ramai yang berkongsi kisahnya itu. Wani memulakan dietnya sejak Mac 2018 dan hasilnya pada Oktober 2018 sangat mengujakan. Jelas terlihat perbezaan Wani yang semakin kurus, cantik, dan muda. Ikuti perkongsian Wani.

Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8 bulan. Wani berjaya lost 35.5kg.

Tak kurus macam orang lain. Tapi kurus sikit dari dulu.

Orang tanya. Macam mana diet ni. Wani cuma bagitahu. Jage makan. Jangan makan waktu malam. Jangan minum air manis. Tu yang Wani amal selama diet. Dari mula-mula start diet dan amal minum green tea jasmine.

Air kosong. 3-4 liter sehari. Memang akan ulang-ulang ke tandas. Ke hulu hilir bawa botol air. Bukan senang nak kurus.

Setiap kali makan. Wajib makan on time. Pagi 9am. Lunch 1pm. Dinner 6pm. Lepas 7pm memang tak makan dah. Makan makanan berkhasiat (panggang @ rebus). Kurangkan garam.

Setiap minggu. 3-5 kali Wani akan bersenam. Sekarang ni selang-selang cardio workout dengan zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih untuk senam dalam rumah je. Lagi senang. Jimat masa.

Tenkiu utk husband Wani. Sentiasa support wife mu ini

Diet bukan untuk dipuji. Tapi untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya Wani dah usaha untuk hidup sihat.

Kat sini. Wani sertakan contoh breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.

Perkongsian Wani di dalam laman facebook nya.

Ada netizen yang bertanya sekiranya Wani ada 'cheat day'. Jelasnya, dia ada 'cheat day' tetapi tidak untuk 3 bulan pertama. Selepas tempoh itu, barulah Wani berani untuk melanggar pantang pada hari-hari tertentu dalam rejim dietnya.

Berikut antara menu sarapan dan makan tengahari yang dikongsikan untuk dijadikan panduan.

Antara menu sarapan Wani.
Kacang pistachio antara kandungan menu dietnya.
Minuman wajib yang Wani amalkan setiap kali bersarapan.
Buah-buahan wajib menjadi pilihan dalam menu.

Sumber: FB Wani Syazwani

Ok, macamana? Ada yang nak cuba cara Wani? Jangan jadi macam bawah ni, sudahlah ye. Ha! Ha!


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MINATNYA berniaga bermula sejak dari sekolah rendah lagi. Ketika itu kata Mohamad Azuan Aziz Satar, 24, dia berniaga coklat (sebutan dalam kalangan rakan-rakan sekolahnya adalah...
MELIHAT kepada personalitinya, mungkin ramai tidak menyangka Sarah Diyana Noor Azami, 25, seorang yang aktif dalam pelbagai jenis sukan terutama futsal yang mana dia merupakan...
Jika lazimnya aktiviti kesukarelawan di Universiti diterajui dan melibatkan kumpulan mahasiswa melaksanakan pelbagai program khususnya dengan komuniti tersasar, namun kali ini...
KUALA LUMPUR – Education Malaysia Global Services (EMGS) memperjelaskan laporan berita yang timbul dari sebuah akhbar tabloid harian (bukan terbitan Kumpulan Media Karangkraf)...
FAKULTI Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)...