> KELANTAN > MPPUMK sambut baik larangan merokok di universiti
MPPUMK sambut baik larangan merokok di universiti

PENGKALAN CHEPA - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MMPUMK) menyambut baik cadangan oleh Kementerian Kesihatan untuk meluaskan lagi kawasan larangan merokok di institusi-institusi pengajian tinggi seperti sekolah-sekolah swasta dan awam, serta universiti.

Rata-rata warga Universiti Awam (UA) menyokong 100 peratus cadangan ini untuk dipertimbangkan oleh kementerian bagi melindungi hak kalangan mereka yang tidak menghisap rokok merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara.

Yang Dipertua MPPUMK, Muhammad Ikhram Ahmad Shafri berkata, perintah larangan merokok di kawasan kampus perlu dikuatkuasa serta-merta seperti penguatkuasaan larangan merokok di bangunan Parlimen dan premis menjual makanan pada tahun ini

Katanya, perkara ini kerana adalah penting kerana kita mahu mewujudkan persekitaran yang sihat dan harmoni di kawasan universiti.

“Justeru, larangan ini penting bagi melindungi pelajar di universiti terutamanya yang tidak merokok.

“Kita tahu ramai mahukan prasarana yang sihat atau dalam kata lain tempat menuntut ilmu perlulah dalam keadaan sihat,” katanya.

Beliau turut yakin para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bersetuju dan menyokong larangan ini dikuatkuasa serta merta.

“Ini kerana para perokok juga sedia maklum bahawa aktiviti ini mampu mengganggu keselesaan pelajar lain malah merokok juga mampu memberi impak yang tidak sihat kepada pelajar.

"Kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan perumpaan ini tepat ditujukan kepada perokok kerana kita sedia maklum bahawa ada kalangan pelajar yang tidak tahan dengan bau asap rokok,” jelasnya.

Menurutnya, selain suasana yang tidak menyenangkan asap rokok juga memberi memberi kesan yang buruk kepada pelajar dan mengakibatkan penyakit-penyakit melibatkan pernafasan seperti sesak nafas dan asma

“Oleh demikian kita tidak mahu perkara perkara seperti ini berlaku kepada pelajar dan pihak MPP bersetuju dengan larangan ini kerana kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok.

“Kami berharap mengharapkan agar aktiviti yang kurang sihat ini dapat dijauhkan dari suasana sihat di universiti sama ada dari kalangan pelajar yang merokok dan pihak pihak yang terlibat dengan universiti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar berkata, agenda Kementerian Kesihatan adalah langkah tepat bagi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih yang kondusif.

"UMK sudah lama mengeluarkan arahan larangan merokok dalam kawasan pengajian dan tiada aktiviti merokok secara terbuka dikenal pasti setakat ini," katanya.

Katanya UMK juga mengambil pendekatan mengenakan tindakan tatatertib selain memberi amaran keras kepada pelajar gagal mematuhi larangan berkenaan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyambut baik saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memperluaskan kawasan larangan merokok di semua Institusi Pengajian Tinggi...
Tahniah diucapkan kepada YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang telah mengambil langkah proaktif baru-baru ini untuk mengurangkan beban para guru di sekolah. Memandangkan...
KUALA LUMPUR - Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) telah menganjurkan My Symposium on Practice as Research (MySPaR) 2018 dengan tema...
KUALA NERUS – Bersempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September lalu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (MPP UMT) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan...
KUALA NERUS - Buat julung kalinya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Monsoon Beach Challenge 2018 bertujuan mengeratkan semangat perpaduan dan kesukanan dalam...
Dalam satu ruangan penulisan #MalaysiaMembaca di dalam akhbar Sinar Harian hasil tulisan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini telah menyuarakan pendapatnya bahawa di...