> AKTIVITI SENI > Dekati generasi muda, teater Jikey Bunga Bakawali tampil versi baharu
Dekati generasi muda, teater Jikey Bunga Bakawali tampil versi baharu

Teater Tradisional Melayu Jikey merupakan sebuah persembahan yang menampilkan ciri-ciri tempatan dengan menggabungkan muzik, nyanyian, tarian dan lakonan yang menghiburkan. Ia cukup popular di negeri-negeri utara Semenanjung, sekitar tahun 1960-an dan menjadi sebuah persembahan yang sering dinantikan.

Bagaimanapun, pada hari ini teater tradisional ini semakin kurang mendapat tempat terutamanya dalam kalangan generasi muda yang kini lebih cenderung kepada pementasan moden dan komersial.

Justeru, https://www.um.edu.my/ menerusi produksi teater tradisional Sri Malaya, bakal menampilkan persembahan Jikey Bunga Bakawali dalam usaha untuk menyemarakkan kembali persembahan tradisional ini.

Menariknya, Jikey Bunga Bakawali merupakan versi baharu hasil daripada pemerhatian dan penilaian terhadap struktur persembahan jenis-jenis Jikey di Malaysia, Thailand dan Kemboja oleh pengarahnya, Dr. Rosdeen Suboh yang juga merupakan seorang pensyarah di UM.

Bagaimanapun, persembahan yang melibatkan pelajar Jabatan Drama, Tari dan Muzik, selain pelajar luar Fakulti Pusat Kebudayaan UM ini masih mengekalkan konsep muzikal tradisional Melayu bagi menjaga nilai artistik Jikey sebagai sebuah seni persembahan tradisional.

Jikey Bunga Bakawali ini mengisahkan tentang cerita yang berlaku di era kerajaan Syarqastan yang aman makmur di bawah pemerintahan Sultan Zainu’l Muluk bersama permaisuri Engku Saleha dan empat orang putera mereka iaitu Saifullah muluk, Ridhwan Muluk, Khairun Muluk dan Tajul Muluk.

Antara babak yang terdapat dalam Teater Jikey Bunga Bakawali.

Pada hari kelahiran putera bongsunya yang bernama Tajul Muluk, nujum istana telah meramalkan bahawa Sultan Zainu’l Muluk akan mendapat sumpahan buta akibat terlihat putera bongsunya pada ketika umur 12 tahun. Kerana takut akan kejadian yang bakal berlaku, baginda telah menitahkan Tajul Muluk dihalau dari istana dan dibuang ke hutan.

Setelah 12 tahun kemudian ketika Sultan Zainu’l Muluk sedang berburu di hutan, dia terpandang seorang budak lelaki yang tidak disangka itulah anaknya Tajul Muluk. Maka baginda terus menjadi buta.

Setelah ditelek oleh pendeta istana, hanya bunga bakawali sahaja dapat menyembuhkan mata Sultan Zainu’l Muluk. Cerita ramalan tentang dirinya telah diketahui oleh Tajul Muluk. Dia berhasrat untuk mencari Bunga Bakawali bagi memulihkan sumpahan ayahandanya.

Namun semasa dalam perjalanan, Tajul Muluk bertemu dengan ibu Jin, Dewi Hamalah dan meminta pertolongan Dewi membantunya naik ke kayangan untuk mengambil Bunga Bakawali di Taman Larangan Raja Dewa.

Ibu Jin sedia membantu dengan meletakkan syarat iaitu Tajul Muluk mesti mengahwini anak perempuannya iaitu Dewi Mahmunah setelah memperolehi Bunga Bakawali dan ia dipersetujui Tajul Muluk.

Poster Teater Jikey Bunga Bakawali yang akan dipentaskan pada 18 Januari hingga 20 Januari 2918 ini.

Bagaimanapun, pelbagai cabaran yang dilalui Tajul Muluk sehingga dia telah memungkiri janjinya sehingga mencetuskan pelbagai konflik.

Pementasan ini menyaksikan Dr. Rosdeen bersama Siti Salwani, Yaya Bahiya, Edan Yudin, Iszdihar Ishan, Rowena Moses, Durugha Eaganathan, Mazia Razak, Fidzah, Ijam Petra, Bunga Fana, Faz Fauzi dan ramai lagi.

Persembahan Jikey sebenarnya turut dipengaruhi oleh elemen kesenian yang terdapat dalam persembahan tradisional Mak Yong, Mek Mulung, Hadrah dan Bangsawan. Namun, apa yang uniknya, Jikey mempunyai bentuk tarian pementasan, selain dialog yang lucu dan menghiburkan.

Pementasan akan berlangsung di Panggung Eksperimen UM pada 18 hingga 20 Januari ini. Tiket-tiket boleh dibeli dengan harga RM10 dan RM20 menerusi talian Box Office atau kaunter Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
UUM Cultural Festival (UCF) 2018 anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 21 hingga 26 September ini dilihat menjadi landasan terbaik bagi...
Untuk berjaya, perlukan banyak usaha dan kerja keras. Biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun semua itu akan ditempuhi demi mencapai matlamat yang diinginkan. Lebih...
TANJUNG MALIM – Sebagai penghargaan terhadap segala usaha dan pengorbanan Tokoh Persuratan Agung Melayu, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muzium Pendidikan Nasional, (MPN)...
Pada hari ini kampus USIM menyambut kedatangan kira-kira 2200 orang pelajar baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2018/2019 dengan penulis selaku felo kolej kediaman pelajar antara...
SHAH ALAM - Kumpulan Media Karangkraf menerima kunjungan pelajar Kolej PERDA - TECH Pulau Pinang hari ini. Mereka terdiri daripada 38 pelajar dari jurusan diploma dan sijil serta...
BATU PAHAT - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengunjungi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 2 September lalu untuk menemui pelajar baharu sempena berlangsungnya...