> ISU > Syukor terima mesej peringatan... Pesannya, "Jika nak hadiahkan handphone, boleh beri bila dia dewasa"
Syukor terima mesej peringatan... Pesannya, "Jika nak hadiahkan handphone, boleh beri bila dia dewasa"
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 15 Januari 2019

Syukor Khamis yang dikatakan Mowgli Malaysia, remaja dan pelajar SMK Padang Midin kini menjadi tumpuan ramai ekoran gambarnya bersama haiwan ternakan memenangi anugerah antarabangsa. Dia diibaratkan sebagai satu dalam sejuta dan anugerah ALLAH SWT kepada keluarganya.

Kelmarin, satu perkongsian dimuat naik dalam akaun facebook Syukor Khamis - Kampung Boy, tentang satu mesej yang diterima menerusi akaun facebooknya.

Kita sedia maklum, setelah tular, Syukor semakin dikenali. Memandangkan dia masih remaja dan bersekolah, admin facebook Syukor telah memuat naik satu mesej peringatan berupa nasihat berguna yang diterima melalui mesej persendirian. Pada caption, admin ini merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan (bekas pendidik itu) terhadap Syukor.

"Satu peringatan yang amat berguna dari seorang bekas pendidik... Terima Kasih Ibu... dan Terima Kasih juga kerana ambil cakna pada Adik Syukor...", ujar admin facebooknya.

Mesej yang diterima menerusi facebook miliknya.

Can you tell me more about yourself?

Saya seorang pesara guru.

Assalamualaikum.

Ramai yang ingin berjumpa Syukor. Harap-harap tidak mengganggu persekolahan dan keselamatannya. Takut dalam ramai-ramai tu ada yang ambil kesempatan.

Buatkan jadual khas orang ramai dapat berjumpa Syukor. Kesian juga dia.

Syukor juga tidak seperti anak-anak lain yang leka bermain gajet. Harap kekalkan identiti itu. Jika ada pihak yang ingin menghadiahkan handphone, boleh beri bila Syukor sudah dewasa.

Saya juga salah seorang yang berminat dengan Syukor tapi saya fikir-fikir juga kalau mengganggu dia. Tapi saya sukakan pemandangan di kampung Syukor.

Tahniah Syukor semoga ALLAH rahmati kamu.

Dan saya memang meminati negeri Terengganu.

Komen-komen yang diterima turut menyokong pernyataan tersebut memandangkan Syukor masih bersekolah tapi pada masa yang sama dirinya yang telah dikenali ramai menyebabkan kesibukannya bertambah.

Sejujurnya, menerusi temubual yang dijalankan daripada pelbagai media bersama Syukur, tidak seperti remaja lain, dia menyatakan sememangnya dia tidak meminati sebarang gajet. Malah, langsung tidak tertarik dengan telefon bimbit sekiranya ternampak kakaknya bermain dengan gajet tersebut. Sebaliknya, Syukor lebih gemar menghabiskan masa terluangnya usai pulang dari sekolah bersama kerbau-kerbau dan haiwan-haiwan lain peliharaan bapanya.Ye, itulah dunia Syukor! Budak kampung istimewa, satu dalam sejuta!

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto Mowgli Malaysia ini kongsi detik awal terhasilnya gambar yang menang anugerah besar!

Kata Zai Rah, "Tahniah Nak... keranamu Malaysia dikenali terutama negeri kelahiranmu... terus kehidupan seperti hari-hari biasa.... ketika ini memang ramai yang akan mendampingimu. Hati-hati jangan ada yang mengambil kesempatan ke atasmu. Rancang kehidupanmu mengikut rentak yang kamu kehendaki... semoga ALLAH memeliharamu. Aamiin.

Komen

Disebabkan telah dikenali ramai, pasti 'beratur' orang nak bertemu Syukor. Jadi , ini pesan Aisya Ismail.

"Buat jadual untuk dia. Bila boleh jumpa orang nak beramah mesra, bila boleh ambik gambar dia main-main di kandang. Paling penting, jangan biar dia rasa terganggu. Yang orang ramai pun takde pentingnya nak pi kacau Syukor tu. Biaqlah dia dengan rutin harian dia. Minat kot jauh saja tak boleh ka. Eh emo pulak acik. Solat jangan tinggal ye Syukor," selorohnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukor satu dalam sejuta!

Kampus Uols mengucapkan semoga Syukor terus berjaya dan melakar kejayaan pada masa hadapan. Sesungguhnya kelebihan yang diperoleh satu anugerah ALLAH yang tidak ternilai. Satu Malaysia (dunia turut) mengagumimu.

Like page Kampus Uols di Facebook Instagram Twitter


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA KANGSAR - Mana-mana pelajar cemerlang dalam bidang sukan di Perak akan diberi kelonggaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pendidikan...
NILAI – Kumpulan teater Akademi Teater Rupawan Asli (ATRA) Kelab Urus Setia Kesenian Pelajar, Pusat Kebudayaan USIM telah mempersembahkan teater Asrama Ra berlangsung pada 21...
Baru-baru ini melalui perkongsian di aplikasi WhatApp, seorang kenalan penulis berkongsi sebuah video nostalgia membandingkan suasana dahulu dan kini kampus Universiti Sains...
BATU PAHAT - Hasrat pensyarah untuk konvokesyen pada 23 Oktober ini selepas tamat pengajian doktor falsafah (PHD) tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas, minggu...
BANGI – Seramai 99 orang kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima anugerah untuk penilaian 2017 sempena Majlis Anugerah Bitara dan Perkhidmatan 2018 di Dewan...
Menyedari akan kepentingan sesuatu bahasa boleh diangkat sebagai bahasa komunikasi di seluruh dunia dengan menjadikan ia bahasa perantaraan, Al Madinah International University...