> KELANTAN > Yayasan Islam Kelantan, Universiti Ez-zitouna tandatangani MoU perjanjian pendidikan
Yayasan Islam Kelantan, Universiti Ez-zitouna tandatangani MoU perjanjian pendidikan
BERNAMA Selasa | 15 Januari 2019

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) hari ini menandatangani perjanjian kerjasama pendidikan dengan Universiti Ez-zitouna, Tunisia dalam usaha menyemarakkan ilmu di negeri ‘Serambi Mekah’ itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perjanjian itu membabitkan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), YIK dan Pusat Pengajian Pondok Kandis.

Katanya, ia bertujuan membolehkan pelajar dari ketiga-tiga pusat pengajian terbabit menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD di pusat pengajian Islam tertua di dunia.

Selain itu katanya, ia juga dapat mempertingkatkan jaringan kerjasama akademik di peringkat antarabangsa melalui penyelidikan dan penerbitan, program pertukaran pensyarah dan pelajar.

“Sebagai permulaan seramai 19 orang pelajar akan melanjutkan pelajaran di bidang pengajian Islam di universiti itu, mulai Jun ini. Mereka terdiri daripada pelajar lulusan peringkat diploma dan akan menyiapkan pengajian di peringkat ijazah sarjana selama dua tahun. Mereka juga boleh menyambung pengajian hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti yang sama,” katanya pada sidang media selepas majlis perjanjian kerjasama akademik di sini hari ini.

Ez-zitouna diwakili rektornya Dr Hisyam Qarisah.

"Sebelum ini, kita bertumpu kepada universiti di Jordan, Yaman dan Mesir tetapi dengan kerjasama yang dimeterai hari ini, ia memberi lebih pilihan kepada pelajar," katanya. - BERNAMA


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
JOHOR BAHRU - QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), syarikat pengendali rangkaian restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, hari ini menandatangani Perjanjian...
Aplikasi mudah alih penjagaan kanak-kanak pertama Malaysia, Kiddocare, hari ini menandatangani Surat Hasrat (LoI) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk meneroka hasil...
SHAH ALAM - Bersempena Majlis Konvokesyen Huffaz Selangor kali ke-2, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan...
CYBERJAYA - Pusat Rekabentuk Penjenamaan & Pembungkusan Limkokwing, hari ini menandatangani MoA (Memorandum Perjanjian) dengan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS)...
MACHANG - Kaedah seni hiasan dinding yang diketengahkan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan berjaya mengubah landskap lorong Cek Mek Molek dan beberapa bangunan di...
BATU PAHAT - Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET) yang akan membantu kerajaan meningkatkan kualiti...