> SEL KL > Persidangan ICMA 2019 umum panggilan kertas kerja persidangan
Persidangan ICMA 2019 umum panggilan kertas kerja persidangan
M. HAZIQ ZULKIFLI Rabu | 16 Januari 2019

KUALA LUMPUR - Persidangan Antarabangsa Seni Bina Masjid (ICMA) kembali untuk edisi kedua yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 25 hingga 27 November 2019.

Anugerah Seni Bina Masjid Abdullatif Alfozan (AFAMA), cabang program sosial bagi konglomerat Kumpulan AlFozan yang berpangkalan di Al-Khobar, Arab Saudi telah mengumumkan panggilan pertama kertas kerja untuk persidangan dianjurkan Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan firma seni bina terkemuka, ATSA Architects Malaysia.

Panggilan pertama kertas kerja yang berlangsung dari 17 Disember 2018 hingga 31 Januari 2019, terbuka kepada semua orang awam.
Poster pengumuman ICMA 2019.

ICMA siri kedua dan dibuat tiga tahun sekali ini akan menarik perhatian para pembuat dasar, pengamal dan penyelidik dalam bidang seni bina dan reka bentuk masjid di seluruh dunia.

Persidangan antarabangsa ini turut terbuka kepada ahli akademik, arkitek, konservator, pereka, pemaju, jurutera, estet/pembangunan modal, pegawai kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, pegawai hal ehwal Islam, arkitek landskap, pentadbir masjid, juru ukur bahan, penyelidik, pelajar dan perancang bandar.

Dengan tema Masa Depan: Masjid: Seni Bina, persidangan ini merangkumi sebilangan topik dan sub-topik, tetapi tidak terhad kepada; Reka Bentuk dan Fungsi dan Seni Bina Hijau, Alam Sekitar dan Inovasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sub-topik yang terpilih, sila lawati www.icma2019.com.

Keunikan seni bina masjid yang pelbagai dari seluruh dunia.

Para peserta yang berminat boleh menghantar abstrak tidak lebih daripada 300 patah perkataan sebelum 31 Januari 2019 ke e-mel rasmi: [email protected].

Bagi mereka yang ingin menghadiri tanpa menghantar sebarang abstrak dan kertas kerja, amat dialu-alukan dengan bayaran kemasukan sebanyak USD150 bagi peserta antarabangsa dan RM150 bagi peserta tempatan dan para pelajar. Para peserta dengan kertas kerja yang terpilih untuk sesi pembentangan akan dikenakan bayaran pendaftaran USD350 bagi peserta antarabangsa dan RM350 bagi para peserta tempatan dan pelajar.

Selepas edisi pertama ICMA 2016 yang dianjurkan di Universiti Imam Abdulrahman Bin Faisal (IAU) di Dammam, Arab Saudi, ICMA 2019 kini kembali dengan matlamat untuk menganalisis dan membincangkan visi praktikal dan saintifik mengenai seni bina masa depan masjid dari segi fungsi asas, reka bentuk, teknologi dan struktur secara intelektual.

Antara contoh seni bina bangunan dan landskap masjid yang menarik.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Sekumpulan tujuh orang mahasiswa jurusan kejuruteraan mekanik dari Universiti Malaya (UM) telah diundang bagi mewakili negara ke Persidangan ASHRAE Serantau ke-21 yang diadakan di...
KUALA TERENGGANU – Universiti berkonsepkan wakaf milik badan bukan kerajaan (NGO), Kolej Universiti Bestari (UCB) yang beroperasi di Bandar Permaisuri, Setiu akan dinaik taraf...
JITRA - Bijak membahagikan masa antara aktiviti kampus dan juga pelajaran antara rahsia kejayaan Mohd Hazimi Afif Fairus, 21, iaitu penerima Anugerah Ketua Jabatan dan Anugerah...
Akademi Binaan Malaysia (ABM), pusat penilaian dan latihan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), telah melakar sejarah
Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) menganjurkan Persidangan Kepimpinan dan Governan IPTA...
KUALA LUMPUR - Pembentangan kertas kerja penyelidikan oleh dua orang pelajar Kolej PERMATA Insan, USIM dalam Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan (YOURS) 2018 telah membuktikan...