> PERAK > Bengkel Inovasi Prospek Kerjaya perluas peluang minat dan kerjaya murid-murid
Bengkel Inovasi Prospek Kerjaya perluas peluang minat dan kerjaya murid-murid
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 17 Januari 2019

TANJUNG MALIM – Seramai 90 peserta menyertai Bengkel Inovasi Prospek Kerjaya anjuran Unit Inovasi Pendidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dengan kerjasama MIMOS BERHAD yang diadakan di Ruang Pembelajaran 1, Kompleks RMIC, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Naib Canselor Upsi, Profesor Datuk Dr. Muhammad Shatar Sabran berkata, bengkel yang melibatkan pengetua, guru besar, guru-guru kaunseling dan tenaga-tenaga pengajar di kebanyakan sekolah di Negeri Perak ini dilihat dapat memberi manfaat serta impak positif kepada seluruh masyarakat selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan menjadikan "Sekolah Untuk Komuniti dan Universiti Untuk Masyarakat".

“Cabaran kerjaya amat mencabar, dan kita sering kali mendengar ramai orang yang membuat mix and match kerjaya.

Menurut beliau, tinjauan dilakukan dikalangan pelajar luar kenapa memilih kerjaya sebagai guru jawapan popular yang diterima adalah kerana tiada pekerjaan lain.

“Melalui jawapan sebegitu kita boleh menjangkakan kualiti bakal guru yang akan dikeluarkan. Tugas guru memanusiakan manusia. Tetapi untuk memastikan guru-guru yang sedemikian boleh menjiwai kerjayanya maka kita memerlukan satu kaedah untuk mengenalpasti halatuju minat dan kerjaya mereka,”.

“Kaedah ini dapat digunakan sebagai panduan kepada pelajar untuk memudahkan guru-guru mengenalpasti halatuju minat dan kerjaya pelajar,” katanya.

Tambah beliau, masyarakat dan guru juga diharap tidak membazirkan masa sekiranya mereka tahu saluran terbaik kepada anak-anak dan pelajar, sebaiknya mereka perlu melatih (groom) golongan ini.

“Jika tidak boleh, mereka perlu diberikan panduan dan justifikasi kerana kita tidak mahu melahirkan guru yang hanya mahu sekadar menghabiskan silibus sebaliknya mahu melahirkan guru yang ikhlas melakukan kerja kerana dia mahu memanusiakan manusia,” katanya.

Sebahagian menyertai Bengkel Inovasi Prospek Kerjaya

Sesi ceramah disampaikan oleh Head, IP Management MIMOS, Azimah Abdul Kadir dan dimoderatorkan Penyelaras Unit Inovasi Pendidikan, Profesor Madya Dr. Mazlini Adnan.

Dalam bengkel itu, peserta berpeluang menggunakan "Psikometrik" dalam kalangan para guru untuk mengetahui personaliti serta minat kerjaya murid-murid dari seawal usia 13 tahun (Tingkatan 1).

Prospek Kerjaya (PK) adalah satu pentaksiran psikometrik yang dibangunkan melalui Teknologi Pentaksiran Digital MIMOS Berhad yang dapat digunakan untuk mengukur minat kerjaya seseorang individu.

PK telah dibangunkan berdasarkan teori –teori pembangunan kerjaya dan mempunyai cadangan-cadangan bidang kerjaya yang boleh membantu dalam pemilihan laluan kerjaya dan bidang pendidikan serta pilihan-pilihan kursus pengajian di dalam negara dan di negara-negara Komenwel bagi kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia.

PK turut menyediakan maklumat berkaitan dengan minat diri anda serta cadangan kerjaya yang bersesuaian dan tujuh kategori minat iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Perkhidmatan, Keusahawanan, Konvensional Dan Kerohanian.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Majlis Profesor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (MPUTeM) bersama Ketua Pusat Kecemerlangan universiti ini telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Yang Berhormat Mohd Rafiq...
HULU TERENGGANU - Eco Challenge Discovery Kenyir 2018 ini adalah satu program yang berbentuk rekreasi luar bagi menguji daya ketahanan fizikal peserta dan membina jati diri murni...
PROGRAM Go-kart For Fun anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) di Litar Lumba Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini telah berlangsung dengan meriah.
MAJLIS Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan itu pada 7...
Subjek matematik sering dianggap mencabar kerana seseorang murid bukan sahaja perlu menguasai ilmu matematik, malah penguasaan dalam kemahiran lain juga menjadi kemestian....
ARAU - “3rd Innovation Competition 2018” yang telah dianjurkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) ini telah mencetuskan budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan...