> HEP IKBN Kinarut hulur bantuan untuk mangsa kebakaran
HEP IKBN Kinarut hulur bantuan untuk mangsa kebakaran
BASOK ALWI Jumaat | 18 Januari 2019

KINARUT - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut telah berjaya mengumpul barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan, Sabah baru-baru ini.

Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar mengetuai penghantaran barang-barang seperti air mineral, mee, beras, lampin pakai buang serta pakaian terpakai bersama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Kinarut.

Kebakaran kampung setinggan tersebut telah memusnahkan sebanyak 55 buah rumah dan melibatkan 74 buah keluarga.

Sementara itu Presiden Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Samsudin Oli Mohamed berkata alumninya dari seluruh negara turut mengumpul wang dan disalurkan melalui Pengerusi Alumni ILKBS Zon Sabah Nilam Omar Baki.

Antara sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan, Sabah.

“Kami masih menggerakkan tabung kutipan dan mengumpul barang keperluan harian juga untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran itu di Semenanjung, '' katanya ketika dihubungi.

Samsudin Oli Mohamed.

Dalam masa yang sama Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Belia ( BPKB) kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof memuji langkah Alumni ILKBS, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Kinarut kerana mengambil tindakan dan langkah segera untuk membantu mangsa kebakaran itu.

'Nilai yang ditunjukkan oleh MPP dan Alumni ILKBS merupakan langkah yang harus diberi pujian kerana mereka bukan sahaja belajar kemahiran tetapi dalam masa sama mempelajari dan menterjemahkan pula sahsiah dan nilai murni yang dipelajari ketika di ILKBS,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS – Bersempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September lalu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (MPP UMT) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan...
Jika lazimnya aktiviti kesukarelawan di Universiti diterajui dan melibatkan kumpulan mahasiswa melaksanakan pelbagai program khususnya dengan komuniti tersasar, namun kali ini...
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) mengambil insiatif menyediakan kemudahan pengangkutan kepada dua pelajar Kelainan Upaya...
SUBANG – Bahagian Hal Ehwal pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UpsiI) menganjurkan Anugerah Keterampilan Pelajar (AKP) 2017/2018 kali Ke -13...
KUALA TERENGGANU - Mangsa ribut di Dun Buluh Gading turut mendapat bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Penolong Pendaftar Hal Ehwal...
KUALA KRAI - Bah kuning yang melanda Kuala Krai pada 2014 lalu pastinya meninggalkan sejarah buat pen-duduk terlibat apabila hilang tempat tinggal akibat bencana itu. Bukan sahaja...