> KELANTAN > UiTM Kelantan terus cemerlang
UiTM Kelantan terus cemerlang
ZUMURNI HAMZAH Selasa | 22 Januari 2019

MACHANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan melakarkan sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Jaringan Alumni, Komuniti dan Kesukarelawan pada Majlis Inovasi UiTM 2018, baru-baru ini.

Anugerah tersebut adalah kali kedua dimenangi UiTM Kelantan selepas dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan beberapa tahun yang lalu pada majlis yang seumpamanya.

Rektor UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan berkata, pengiktirafan tersebut cukup bermakna kepada seluruh warga kerja universiti tersebut sekali gus menjadi penyuntik semangat untuk bekerja lebih keras pada masa akan datang.

“UiTM Kelantan bukan sekadar institusi pengajian tinggi tetapi juga memainkan peranan bersama-sama membantu dan membangunkan masyarakat dengan melibatkan pelbagai aspek kehidupan termasuk kebajikan.

“Kami juga berterima kasih kepada pihak alumni yang sentiasa menyokong UiTM Kelantan dalam menjayakan apa sahaja program dan aktiviti membabitkan pelbagai bidan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, pelbagai program dirangka pihaknya bagi membantu mereka yang memerlukan terutamanya masyarakat di sekitar UiTM dan seluruh negeri Kelantan, amnya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MACHANG - Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz berkenan melancarkan Jenama Kemuning yang menjadi hak cipta Universiti Teknologi Mara (UiTM)...
GOMBAK - Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (ePJJ), Institut Pendidikan Neo (iNED), Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menjalankan satu...
Seramai 18 ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka telah menerima tauliah perlantikan pada satu majlis pentauliahan jawatankuasa yang...
PUTRAJAYA - Pensyarah perintis Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang komunikasi Prof. Dr. R.Sankaran menerima anugerah fellow Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) pada...
PUNCAK ALAM - Mahasiswa OTSA iaitu persatuan pelajar Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menganjurkan program...
MACHANG - Pelbagai cabaran terpaksa dilalui Mohd Shahir Hakimi Zulkifli, 24, bagi menggenggam segulung ijazah sarjana muda selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak...