> SEL KL > MJIIT, Leave a Nest jalin kerjasama tubuh Makmal Nest-Bio Venture
MJIIT, Leave a Nest jalin kerjasama tubuh Makmal Nest-Bio Venture
BERNAMA Selasa | 22 Januari 2019

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd mengadakan kerjasama strategik dengan menubuhkan makmal usaha sama, Makmal Nest-Bio Venture.

Dekan MJIIT, Prof Dr Ali Selamat berkata makmal itu ditubuhkan dengan sokongan daripada MEMO-Bio (Metabolic Engineering & Molecular Biology) innovative Kohza (iKohza) bagi tempoh empat tahun bermula 2019.

"MEMO-Bio iKohza adalah sebuah kumpulan penyelidik yang mengkhusus dalam kejuruteraan genetik dan penggunaan sisa di MJIIT.

"Makmal Nest-Bio Venture akan mempunyai sebuah inkubator permulaan bioteknologi untuk menyediakan ruang makmal dan akses kepada mesin berteknologi tinggi seperti Next Generation Sequencing (NGS) selain mendapatkan rundingan pakar daripada MJIIT," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan pra pelancaran makmal itu, di sini.

Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd akan membawa dua syarikat permulaan bioteknologi dari Jepun iaitu euglena Co, Ltd dan Metabologenomics, Inc (Metagen) untuk menyertai Makmal Nest-Bio Venture.

"Kedua-dua syarikat ini akan memfokuskan pada penyelidikan dalam bidang genomik dan alga," katanya.

Beliau berkata kerjasama itu juga akan menyokong kemahiran komunikasi sains yang berkesan dalam kalangan calon pasca siswazah melalui latihan sumber manusia.

"Kita juga akan membangunkan dan menjalankan program pendidikan seperti bengkel sains untuk penyelidik muda dari sekolah menengah dan sekolah rendah dalam masa terdekat," katanya.

Ali berkata adalah menjadi harapan di MJIIT untuk mengembangkan lagi makmal-makmal penyelidikan sehingga bertaraf dunia dengan sokongan padu daripada kerajaan dan industri. - Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
JOHOR BAHRU – Dalam membantu pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital untuk menunaikan ibadah sebaik mungkin, Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkerjasama...
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa universiti swasta tempatan dan antarabangsa membuka kampus cawangan mereka di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Menteri...
KUALA LUMPUR - Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mariani Abdul Hamid dan Dr. Mohd Iskandar Illyas Tan muncul sebagai pemenang utama dan saguhati di majlis Anugerah...
SKUDAI - Seramai 3,944 pelajar baharu peringkat sarjana muda melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi pengajian 2018/ 2019. Timbalan Naib Canselor...
JOHOR BAHRU - QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), syarikat pengendali rangkaian restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, hari ini menandatangani Perjanjian...
KEMBOJA - Seramai 43 orang mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi telah mendekati komuniti masyarakat Kemboja dengan agenda murni untuk membantu...