> PERAK > Diploma Fashion Show UiTM Perak bertaraf antarabangsa
Diploma Fashion Show UiTM Perak bertaraf antarabangsa
SHAHRUL IZWAN MD HASSAN Khamis | 24 Januari 2019

SERI ISKANDAR – Dalam kesibukan pelajar lain berkemas pulang untuk bercuti semester, seramai 65 orang Pereka Muda Jabatan Senireka Fesyen, Fakulti Senilukis dan Senireka UiTM Cawangan Perak bertungkus lumus memastikan karya akhir mereka dipentaskan di Diploma Fashion Show 2019 yang diadakan pada 12 Januari 2019 lalu bertempat di D’Hotel Seri Iskandar.

Bagi pelajar semester akhir program ini, DFS merupakan penilaian tugasan untuk memenuhi syarat wajib Kursus FES 253 (Fashion Management) dan FES 302 (Fashion Design).

Penganjuran DFS kali ini menampilkan tema “Back to Basic” di mana setiap pelajar mengetengahkan idea baru dengan penerapan elemen asas dalam kehidupan seharian yang diterjemahkan melalui bentuk pakaian.

Setiap pelajar akan menghasilkan 3 rekaan pakaian dan secara keseluruhannya sebanyak 195 pasang diperagakan.

Antara sentuhan kreatif pelajar yang terlibat dalam program Diploma Fashion Show 2019.

Penilaian ini telah dibuat dalam 2 sesi iaitu sesi pagi seramai 33 pereka muda manakala sesi petang mempertaruhkan 32 karya pereka muda lagi.

Setiap penilaian diadili oleh juri profesional seperti Rizman Ruzaini, Mirol Jonit dan Amie Hashim. Ketiga-tiga mereka merupakan alumni UiTM Cawangan Perak yang telah membina nama dan berpengaruh dalam bidang ini. Masing-masing mereka telah menyampaikan anugerah khas kepada pereka muda yang terbaik.

DFS kali ini turut dihadiri oleh Datin Seri Dr Nomee Ashikin Datuk Mohamed Radzi, Penasihat International Ipoh Fashion Week (IIFW), wakil-wakil industri, penaja-penaja dan ibu bapa pelajar.

“Melalui persembahan peragaan yang ditampilkan, saya amat kagum dengan mutu dan kualiti karya pelajar yang bertaraf antarabangsa,” kata Datin Seri Dr Normee.

Rektor UiTM Cawangan Perak menyampaikan cenderahati kepada Datin Seri Dr Nomee Ashikin Datuk Mohamed Radzi (kanan).

Beliau berharap dengan adanya kualiti sebegini, bidang fesyen akan terus maju bukan sahaja dalam Malaysia bahkan di seluruh dunia. Kejayaan pelajar-pelajar ini berkat usaha pensyarah-pensyarah mereka yang bertungkus lumus dan ini membuktikan UiTM adalah institusi yang sangat kuat dan sudah lama bertapak serta mempunyai berpengalaman dalam menghasilkan pelajar-pelajar sebegini rupa.

Katanya lagi, dengan komitmen baik yang ditonjolkan oleh UiTM Cawangan Perak, beliau mahukan kerjasama dapat diteruskan lagi dalam penganjuran International Ipoh Fashion Show (IIFW) yang akan datang.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Kira-kira 300 mahasiswa semester akhir Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dengan kerjasama MaGIC (Malaysian Global Innovation &...
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dengan kerjasama MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) dan MaGIC (Malaysian Global Innovation...
KULIM - Seramai 218 pelajar semester lima Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menyertai Pameran Projek dan Pertandingan Jabatan Kejuruteraan...
DURIAN TUNGGAL - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima menerima pendaftaran seramai 1,981 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan Sesi 2018/2019...
ASALNYA, penglibatan sejak sekolah di dalam aktiviti kesukarelawan persatuan pembimbing rakan sebaya hanya sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang di samping mengasah bakat...
Dalam memastikan bahawa Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) bukan sahaja memainkan peranan bidang TVET di Malaysia,