> EVENT > Politeknik Merlimau bakal anjur Your Smart Brain Is Just Right Challenge 2019
Politeknik Merlimau bakal anjur Your Smart Brain Is Just Right Challenge 2019
ROZER MASUDIN, PMM Jumaat | 25 Januari 2019

MERLIMAU – Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) menerusi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bakal menganjurkan Program Your Smart Brain Is Just Right Challenge 2019 pada 29 Januari 2019 di Dewan Platinum, PMM.

Program yang akan dijalankan selama 1 hari itu nanti terbuka kepada semua pelajar PMM yang berminat terutamanya daripada kalangan pelajar kejuruteraan.

Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Intanku Salwa Shamsuddin berkata, program berkenaan diharapkan dapat memupuk minat pelajar terhadap kursus sains, matematik dan komputer serta dapat menyemai semangat kerja berpasukan dan membina daya pemikiran yang kreatif dan inovatif.

“Terdapat pelbagai pengisian program seperti Giant Crazy Snake, Science Scrabble, Rubric Game, Math Table, Congkak dan Video Games yang mana semua ini dapat merangsang minat pelajar ke arah menyukai kursus sains, matematik dan komputer,” katanya ketika ditemui.

Dalam majlis ini juga, turut dimeriahkan dengan gerai jualan yang menawarkan pelbagai produk seperti makanan dan sebagainya.

Program ini merupakan kali ke-8 penganjurannya dan pihak JMSK saban tahun akan menganjurkan kerana impaknya yang amat bermanfaat.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MERSING - Politeknik Mersing menerusi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer menganjurkan Kursus Asas Microsoft Powerpoint 2013 dalam program Aktiviti Program Jalinan IKasih JSMK...
MERSING - Penggunaan digital merupakan keperluan dalam bidang perniagaan hari ini dengan kewujudan kemudahan seperti media sosial dan laman Web merubah corak pembelian para...
Penggunaan digital merupakan keperluan dalam bidang perniagaan hari ini dengan kewujudan kemudahan seperti media sosial dan laman Web seperti Facebook, Instagram, mudah.com dan...
MERLIMAU – Baru-baru ini Politeknik Merlimau telah mengadakan Majlis Anugerah e-Pembelajaran Politeknik Merlimau 2018 bertempat di Dewan Platinum, PMM yang telah disempurnakan...
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bidang kejuruteraan, sains komputer, teknologi maklumat dan sains
MERLIMAU – Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) telah menerima sejumlah 524 pelajar baharu bagi pengambilan sesi Disember 2018 yang telah mula mendaftar pada 2 Disember yang...