> > “Kami sudah, anda bila lagi?” MPP Politeknik Mersing terus unggul
“Kami sudah, anda bila lagi?” MPP Politeknik Mersing terus unggul
SURAYA HANI, POLITEKNIK MERSING Jumaat | 25 Januari 2019

MERSING - “Kami sudah, anda bila lagi! “ begitu lah ungkapan daripada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mersing (MPP), Nurul Nadia Norizam untuk kempen muat turun aplikasi RTM Mobile di aplikasi telefon pintar sempena majlis penyerahan watikah kepada ahli Majlis Tertinggi dan exco-exco yang berjaya di pilhanraya kampus Politeknik Mersing, Johor.

Majlis penyerahan watikah ini diterima oleh 28 orang calon mahasiswa yang berjaya merebut jawatan masing-masing di pilhanraya kampus baru-baru ini.

Watikah telah diserahkan oleh Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj dan sekaligus melancarkan kempen muat turun aplikasi RTM Mobile bersama sama barisan MPP sebagai peneraju utama untuk kempen ini.

Menurut Hassan, "sebagai barisan pertama, MPP perlu bijak dalam menangani isu semasa, bersikap positif, sentiasa membina imej sebagai seorang ketua dan memahirkan komunikasi dalam bahasa Inggeris.

"Saya amat berharap wakil wakil MPP dapat menunaikan manifesto yang dijanjikan dan menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin," ujar beliau lagi.

Beliau juga menambah, melalui kempen muat turun aplikasi RTM Mobile ini juga memberikan satu medium untuk mahasiswa mengikuti perkembangan semasa dengan mudah walaupun di Kamsis mahupun di dalam kawasan Politeknik Mersing.

Aplikasi RTM Mobile membolehkan pelajar melayari rangkaian TV1, TV2 dan Okey serta salurkan Radio Johor FM khususnya.

Aplikasi ini merupakan satu permulaan yang bagus buat MPP dalam menerajui kempen tersebut.

Melalui usaha Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Mersing Johor, pilhanraya kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Dalam satu ruangan penulisan #MalaysiaMembaca di dalam akhbar Sinar Harian hasil tulisan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini telah menyuarakan pendapatnya bahawa di...
Pelajar Jabatan Perdagangan, Muhammad Saifullah Saple dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kota Kinabalu Tahun 2019 setelah mendapat undian...
SHAH ALAM - Kepimpinan pelajar menyambut baik usaha Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk mengekalkan skim bantuan kewangan buku bagi penuntut institusi pengajian tinggi...
Pasti ramai yang mengimpikan untuk menyambung pelajaran di luar negara. Tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mudah kerana terdapat banyak kriteria dan halangan yang perlu...
GOMBAK - Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga Timbalan Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 17/18 (MPP UIAM), Raudhatul Jannah Mohd Rozli...
SUSULAN daripada kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik baru-baru ini tentang isu kenaikan yuran pengajian di Universiti Malaya (UM), Naib Canselor UM, Datuk Ir. (Dr.)...