> > Pelajar korbankan cuti semester tingkatkan jati diri
Pelajar korbankan cuti semester tingkatkan jati diri
AINUN MADIHAH AHMAD SALEHIN Jumaat | 25 Januari 2019

TELUK INTAN - Cuti semester sering sinonim dengan aktiviti merehatkan diri dan bersenang-lenang dari kekalutan tugasan dari pensyarah. Namun tidak semua belia berfikiran sebegitu.

Bersempena cuti semester yang baru sahaja bermula, sebahagian belia seramai 35 orang sanggup meluangkan masa mereka bagi meningkatkan jati diri dengan menghadiri program “Youth Empowerment Camp” anjuran Youth of Strength and Happiness (YOSH) yang diadakan pada 18-20 Januari 2019 bertempat di Teluk Intan, Perak.

Program ini diadakan khas kepada para pelajar matrikulasi, asasi dan institut pengajian tinggi (IPT) iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Program ini turut disertai oleh para peserta dari Program Tahfiz Integrasi AnNur (PTI) ketika majlis penutupan program diadakan.

Seawal jam 7 pagi pada hari Sabtu (19 Januari), para peserta telah menyahut cabaran dengan mendaki Bukit Ungku Busu setinggi 331.4 meter. Segala penat lelah pendakian ternyata berbaloi apabila mereka berjaya sampai ke puncak dan dapat menghayati pemandangan indah di seluruh Lumut, Perak dari atas bukit. Slot diteruskan dengan aktiviti BBQ di mana para peserta dicabar untuk menggunakan resipi mereka sendiri.

Peserta dilatih untuk bercakap di depan bagi mengasah bakat mereka dalam berkomunikasi.

Pada hari seterusnya, para peserta dibawa ke Program Tahfiz Integrasi AnNur untuk berkongsi berkenaan pengalaman mereka sepanjang menyertai sukarelawan YOSH ini. Para peserta seterusnya mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Doktor Haji Mohd Hizul Azri Bin Md Noor, pengasas dan penasihat Program Tahfiz Integrasi AnNur mengenai meningkatkan iman dalam diri belia masa kini bagi menghadapi ujian yang semakin mencabar.

Turut bersama memberi perkongsian Doktor Atifah Ahmad Yusoff, pensyarah Universiti Teknologi Petronas berkongsi mengenai cabaran yang bakal dihadapi sebagai seorang pelajar institut pengajian tinggi. Para peserta juga didedahkan dengan amalan-amalan bagi menguatkan iman dalam diri seperti mengamalkan solat sunat dhuha, solat tahajud, zikir, memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Alhamdulillah, program yang berlangsung sepanjang 3 hari 2 malam berjalan dengan lancar dan diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh para peserta dapat dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Para peserta berkomunikasi dengan masyarakat dengan menyebarkan artikel berkenaan YDKMM.

Cik Sakinah Mohd Nazri selaku pengarah program berkata, “Youth Empowerment Camp ini telah berjaya mengintegrasikan pelajar-pelajar dari pelbagai universiti dan mempersiapkan para pelajar dalam mendepani cabaran yang bakal dihadapi di dunia IPT serta asasi/matrikulasi masing-masing”.

YOSH berharap agar program yang dijalankan dapat memupuk keperibadian kepada para peserta supaya mereka dapat terus maju dan menjadi pemimpin sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hasrat Graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Amirah Mohd Zahari, untuk membalas jasa ibu dan bapanya tidak kesampaian selepas meninggal dunia akibat penyakit gangguan saraf,...
KUALA NERUS - Minat yang mendalam terhadap pasukan beruniform tanpa mengira penat lelah demi melihat keamanan dan kedaulatan tanah air menjadi pendorong buat Pegawai Kadet Kanan...
CYBERJAYA - Letakkan tangan anda di atas hidung dan mulut, lepaskan nafas dan hidu. Adakah anda terhidu bau nafas yang busuk? Anda tidak bersendirian, kerana kaji selidik terkini...
KEMAMAN - Kerajaan negeri akan menawarkan tempat kepada pelajar pusat pengajian agama yang mahu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Universiti TATI (TATIUC) bagi...
Pelajar dari negara Tembok Besar China dan UUM berpeluang menyelami adat dan budaya Melayu dalam program Bakti Siswa (BAKSIS) di Kampung Felcra Belimbing Tualak, Kuala Nerang,...
CYBERJAYA - Jerih perih selama 3 tahun telah berjaya membuahkan hasil bagi Hafizul Fadzli Ab Rahman apabila berjaya ditauliahkan sebagai penerima pingat emas bagi Anugerah Remaja...