> SUKAN > Kejohanan Sukan Inter Asasi UA 2019: Pentas lahirkan graduan seimbang
Kejohanan Sukan Inter Asasi UA 2019: Pentas lahirkan graduan seimbang
AMIRUL SALAM, UMT Ahad | 27 Januari 2019

KUALA NERUS – Kira-kira 1,000 pelajar asasi dan kolej matrikulasi seluruh negara menyertai Kejohanan Sukan Inter Asasi Universiti Awam Tahun 2019 yang julung kali dianjurkan Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selaku tuan rumah kejohanan.

Penganjuran tersebut diperkenalkan sebagai satu wadah jaringan kerjasama antara Pusat Asasi Universiti Awam (UA) seluruh negara dan kolej matrikulasi untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum seimbang selain bertindak sebagai medan mencungkil dan mengetengahkan bakat kesukanan dalam kalangan pelajar asasi dan matrikulasi.

Perarakan masuk ke dewan oleh semua kontinjen. (FOTO UMT)

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali bagi mewakili Naib Canselor UMT, penganjuran kejohanan itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan-rakan universiti.

“Selain mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar elit, dengan penganjuran sukan ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim yang terjalin antara universiti-universiti awam,” jelasnya.
Prof. Che Ruzaidi menyampaikan ucapan sempena majlis pembukaan kejohanan. (FOTO UMT)

Kejohanan tersebut menyaksikan lebih 10 kategori sukan yang dipertandingkan seperti bola sepak, catur, boling padang, futsal, memanah dan lain-lain.

Majlis perasmian pembukaan kejohanan yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT telah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia, Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin.

Semua kontinjen mengambil peluang bergambar bersama-sama Prof. Cairul dan barisan urus setia kejohanan. (FOTO UMT)

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar mengalu-alukan kedatangan semua kontinjen yang menyertai kejohanan dan berharap agar kejohanan ini berjalan dengan lancar melalui persaingan secara sihat.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PUTRAJAYA – Sejumlah 231,168 pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, dan Asasi menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan...
“Tiada masalah jika ingin mengembangkan bahasa asing tetapi Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa utama dan universiti memainkan peranan penting dalam mengangkat bahasa kebangsaan...
KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengalu-alukan pelajar Arab Saudi yang menuntut di Kanada melanjutkan pengajian di Malaysia berikutan hubungan diplomatik yang...
GONG BADAK - Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2018/2019 merekodkan jumlah penamaan calon tertinggi...
JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Pasukan Pirates Junior berjaya menjadi juara selepas menewaskan Sajoha Voking dalam Kejohanan Rugbi Matrikulasi 7 sebelah...
KOTA KINABALU - Tamu Gadang adalah manifestasi kepada kejayaan pelajar serta seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS). Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin...