> SEL KL > UMT, Jabatan Meteorologi Malaysia tandatangani MoU tingkatkan sistem amaran bencana ribut, tsunami
UMT, Jabatan Meteorologi Malaysia tandatangani MoU tingkatkan sistem amaran bencana ribut, tsunami
AMIRUL SALAM, UMT Ahad | 27 Januari 2019

PUTRAJAYA – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi menandatangani perjanjian MoU dengan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi meningkatkan sistem amaran dan sebaran maklumat berkaitan kejadian bencana ribut dan tsunami.

UMT diwakili Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, jalinan kerjasama itu bertujuan untuk membina sistem yang komprehensif dalam memberi maklumat terkini berkaitan keadaan laut semasa.

“UMT jalin kerjasama erat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia sejak tahun 2017 dalam pembangunan projek Ocean Forecasting Sistem (OFS). Kerjasama ini melibatkan perkongsian data atmosfera dan oseanografi di perairan Laut China Selatan.
Dr. Nor Aieni dan Alui Bahari menandatangani dokumen perjanjian.

“Terkini, UMT sekali lagi membina sinergi dalam usaha mewujudkan sebuah sistem penyebaran maklumat berkaitan ramalan suhu, arus dan gelombang. Diharapkan dengan kejayaan pembangunan projek ini, data yang dikumpul dapat disalurkan kepada agensi-agensi lain berkaitan dan digunapakai dalam pelbagai platform aplikasi yang memberi manfaat kepada industri perikanan, minyak dan gas serta pelancongan.

“Projek ini juga mampu menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan kepada komuniti pesisir Laut China Selatan sekiranya berlaku bencana ribut dan sebagainya agar langkah proaktif dapat diambil dengan kadar segera.

“Maklumat dan data ini juga dilihat mampu menyumbang kepada penetapan garis panduan serta penggubalan polisi yang akan ditetapkan oleh agensi-agensi terlibat pada masa akan datang,” jelasnya.

Acara pertukaran dokumen perjanjian antara kedua-dua agensi.

Majlis menandatangani MoU tersebut menyaksikan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari, menandatangani dokumen perjanjian bagi pihak Kerajaan Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sambil disaksikan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia, Ambun Dindang dan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT, Prof. Madya Dr. [email protected] Mohamed Shawal M. Muslim.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melebarkan sayap dalam memperkasa bidang penyelidikan apabila memeterai perjanjian Perjanjian Persefahaman...
KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melakar sejarah dalam penyelidikan inovasi bagi penghasilan kaedah pendebungaan baharu tanaman fertigasi Melon...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi meraih kejayaan besar dengan merangkul tiga (3) pingat emas dalam MOOC Competition sempena e-Content Development...
KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi berbangga apabila 22 penyelidiknya tersenarai dalam pangkalan data terbesar, SCOPUS yang menghimpunkan abstrak dan...
KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama First Institute of Oceonography (FIO), China sedang membangunkan projek 'Sistem Ramalan Lautan'...
PENGALAMAN lebih sepuluh tahun bergelar jurufoto rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bukan sahaja memberinya peluang menimba ilmu berkaitan fotografi, malah turut melalui...