> > Pelajar Cina dapat 8 mumtaz, harap dapat melanjutkan pengajian dalam bahasa Arab
Pelajar Cina dapat 8 mumtaz, harap dapat melanjutkan pengajian dalam bahasa Arab
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 28 Januari 2019

KOTA BHARU - Seorang pelajar Cina bukan sahaja mampu menguasai bahasa Arab kurang dua tahun malah memperoleh keputusan mumtaz dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kali ini.

Badruddin Wang Yin Lang, 22, yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Tarbiah Mardhiah, Panchor mendapat pangkat lapan mumtaz dan masing-masing satu jayyid jiddan serta jayyid dalam 10 mata pelajaran yang diambil.

Katanya, minat untuk mempelajari bahasa ini timbul selepas merasa ingin tahu setiap makna ayat al-Quran ketika menunaikan solat, malah, menariknya lagi, dia turut berasa kagum ketika melihat mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menonton televisyen bahasa Arab tanpa sari kata.

Badruddin yang juga anak angkat Allahyarham sejak berusia lapan bulan berkata, sejak itu dia menanam cita-cita untuk mempelajari bahasa Arab selepas tamat SPM di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu.

“Ia juga atas hasrat ibu bapa yang berasal dari Yunan, China yang berharap saya melanjutkan pelajaran di salah sebuah pondok agama di republik itu. Di sana, saya belajar erti berdikari dan disiplin, walaupun agak mencabar tapi syukur sebab saya dapat menguasai bahasa ke empat, dalam masa yang singkat,” katanya yang berharap dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan syariah atau pengajian bahasa Arab.

Sementara itu, Nik Omar Nik Abd Aziz berkata, kejayaan Badruddin akan memberi semangat kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan di masa depan.

Badruddin menerima kucupan mesra daripada ibu bapanya selepas mendapat keputusan STAM.

Ini kerana katanya, dedikasi Badruddin menunjukkan dia mampu mencipta kejayaan meskipun dalam masa yang terhad.

“Badruddin boleh dijadikan contoh kerana beliau mempunyai asal keturunan negara tanah besar, hidup dalam budaya Cina, bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina namun masih mampu meraih kecemerlangan dalam STAM,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SUNGAI PETANI – Program Love & Respect 2018 bukan sahaja mampu melebarkan jaringan kerjasama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dengan Phatnawitya School, Thailand,...
KUALA LUMPUR - Al-Madinah International University (Mediu) akan menawarkan sebanyak 500 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran...
Subjek matematik sering dianggap mencabar kerana seseorang murid bukan sahaja perlu menguasai ilmu matematik, malah penguasaan dalam kemahiran lain juga menjadi kemestian....
Pernah bekerja sebagai jurujual, buruh kilang, menjadi ‘runner’ malah berhenti belajar di universiti. Inilah liku-liku hidup yang dilalui pasangan suami isteri ini demi...
SUKAN catur di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kini kian berkembang dan ramai bakat baharu pada setiap tahun terutamanya dalam kalangan pelajar. Pasukan catur Usim baru-baru...
FAKULTI Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)...