> SEL KL > UiTM siasat data pelajar bocor, NC sahkan sistem maklumat tidak digodam
UiTM siasat data pelajar bocor, NC sahkan sistem maklumat tidak digodam
MOHD HAFIZ ISMAIL Sabtu | 26 Januari 2019

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kebocoran data peribadi melibatkan lebih 1.16 juta pelajar dan alumni universiti itu antara tahun 2000 hingga 2018.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, UiTM akan menjalankan siasatan untuk memastikan dalang kebocoran data tersebut sama ada melibatkan kakitangan universiti berkenaan ataupun tidak.

"Sekiranya didapati bahawa perkara ini berlaku, pihak UiTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hassan bagaimanapun mengesahkan sistem universiti berkenaan tidak digodam atau dijana daripada mana-mana sistem dalaman berdasarkan format tangkapan layar (print screen) yang telah dipaparkan sebuah portal berita semalam.

“Ini menunjukkan bahawa maklumat tersebut telah diolah dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Tambah Hassan, UiTM yakin sistem sedia ada yang digunakan adalah utuh, selamat dan boleh dipercayai.

"UiTM sentiasa memandang serius mengenai keselamatan ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) universiti. Kami mempunyai satu Dasar Keselamatan ICT yang komprehensif serta menyeluruh dan merangkumi pelbagai komponen termasuklah perlindungan maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi daripada capaian tanpa kuasa yang sah.

"Tahap keselamatan ICT UiTM diyakini adalah setaraf dengan badan dan organisasi setara yang lain di Malaysia. Ini dibuktikan dengan penerimaan pensijilan ISMS (Information Security Management System) ISO 27001:2013 oleh SIRIM QAS International Berhad pada 14 Jan 2019 lalu," katanya.

Media sosial semalam digemparkan dengan laporan sebuah portal mengenai data peribadi lebih 1.16 juta pelajar dan alumni UiTM bocor dalam talian.

Laporan yang memetik sumber berkata, data yang bocor termasuk rekod terperinci pelajar dari kampus utama UiTM di Shah Alam dan 13 kampus cawangan di seluruh negara.

Maklumat peribadi yang dikatakan bocor membabitkan ID pelajar, nama pelajar, nombor kad pengenalan, alamat, email, kod di kampus, nama kampus, kod program, tahap kursus dan juga nombor telefon bimbit.

Lapor portal itu lagi, pencerobohan data berkenaan berlaku antara Februari dan Mac tahun lalu.

Godam pengkalan data


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...