> SEL KL > KARiSTA, medan untuk pilih pasukan staf UiTM ke Sukanun
KARiSTA, medan untuk pilih pasukan staf UiTM ke Sukanun
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 28 Januari 2019

SHAH ALAM - Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) bermula kelmarin hingga 2 Februari di Kampus Segamat.

Pegawai Sukan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail berkata, karnival adalah kerjasama UiTM Johor melibatkan 1,520 atlet dan pegawai.

SHAHRIN

Menurutnya, golf membuka tirai KARiSTA dalam 16 acara termasuk bola sepak, bola sepak veteran, bola jaring, pingpong, bola tampar, catur, karom serta badminton.

“Karnival sukan ini juga diadakan bagi meningkatkan hubungan ukhuwah dalam kalangan staf seluruh sistem UiTM, selain sebagai menjadi program ‘happiness index’ universiti dalam usaha meningkatkan produktiviti warga kerja UiTM,” katanya dalam satu kenyataan media.

Shahrin berkata, pada masa sama karnival sukan ini menjadi medan untuk memilih pasukan staf UiTM ke Karnival Sukan Badan Berkanun (Sukanun) yang dijangka berlangsung Julai nanti.

Menurutnya, majlis perasmian pembukaan akan disempurnakan oleh Rektor UiTM Johor, Prof Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar pada 29 Januari dan majlis penutup akan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM pada 1 Februari.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
REMBAU - Kehidupan sebagai anak yatim piatu sejak berusia sembilan tahun, tidak mematahkan semangat Muhammad Hisyam Poyzai, 25, untuk menggenggam segulung ijazah. Lebih bermakna...
SHAH ALAM - Seramai 35 orang pelajar daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (AD), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam telah berpeluang untuk melawat Kumpulan Media...
ARAU - Sebanyak 72 peserta dari universiti tempatan dan luar negara akan menyertai Pertandingan Kompetitif Pengaturcaraan dan Multimedia Antarabangsa, di Universiti Teknologi Mara...
UNIVERSITI sebagai pusat pengajian tinggi, berperanan antaranya untuk melatih mahasiswa dalam bidang tertentu sebelum mereka meneruskan kerjaya masing-masing kelak.
SHAH ALAM - Kejohanan Sukan Antara Fakulti (Saf) Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2018 bakal dianjurkan pada 5 hingga 30 Oktober ini. Kejohanan yang dianjurkan bersama Pusat...
PETALING JAYA - Dalam usaha meningkatkan tahap profesional pemain bola sepak negara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini melancarkan program Diploma Eksekutif Bola...