> SEL KL > Majlis Pelancaran MSU Medical Centre (MSUMC)
Majlis Pelancaran MSU Medical Centre (MSUMC)
AHMAD IBRAHIM, MSU Isnin | 28 Januari 2019

SHAH ALAM - MSU Medical Centre (MSUMC) mengadakan majlis perasmian kemudahan hospitalnya yang bakal menjadi salah satu mercu tanda baharu untuk bandaraya Shah Alam, Selangor.

MSUMC dengan tagline ‘Caring, Healing, Educating’ menyediakan kemudahan perubatan terkini serba lengkap dan canggih serta sebagai pelengkap kepada penglibatan MSU dalam bidang perubatan khasnya dan bidang pendidikan tinggi negara amnya

Selain itu, ianya turut berperanan sebagai hospital pengajar (teaching hospital) kepada program perubatan Management and Science University (MSU) khususnya International Medical School bagi kemudahan latihan klinikal bagi penuntut perubatan.

MSUMC turut bermatlamat meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat dan meningkatkan peluang untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang perubatan

Professor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid (berdiri, tengah) melihat demonstrasi pertolongan cemas

Antara kemudahan yang disediakan di MSUMC termasuklah dewan bedah, unit penjagaan rapi (ICU), dewan bersalin, klinik pakar, klinik pergigian serta klinikal dan bukan klinikal.

Ianya merangkumi bidang-bidang seperti Internal Medicine, Obstetric dan Gynaecology, Paediatric, Orthopaedics, Ophthalmology, Psychiatry, Urology, Ophthalmology, Endoscopy, Otorhinolaryngology (ORL) Rehabilitation dan Traditional Complimentary Medicine (TCM)

Justeru dalam memperkukuhkan peranan MSUMC dalam aspek kesihatan komuniti, aktiviti utama yang dijalankan bersempena majlis pelancaran ini ialah aktiviti pemeriksaan kesihatan secara komprehensif dan pemberian kaca mata melibatkan anak-anak yatim dan Orang Asli.

Mereka terdiri dari Rumah Kasih Harmoni, Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Rumah Siraman Kasih, Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah, Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim, Asnaf As-Solihin, Home of Hope Al-Khadeem, Pusat Jagaan Baitul Hidayah serta komuniti Kampung Orang Asli Rasau Hilir dan Kampung Orang Asli Desa Temuan, Bukit Lanjan

Turut menyediakan pemeriksaan mata secara percuma.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah pemeriksaan mata, pemeriksaan kesihatan, taklimat fisiologi dan diet, demonstrasi pertolongan cemas serta pemeriksaan mamogram dan MRI.

Pemberian kaca mata secara percuma adalah sebahagian daripada inisiatif program Prevention of Blindness yang dilaksanakan oleh jabatan Optometri dan Sains Visual , Faculty of Health and Life Sciences (FHLS).

Hadir pada majlis pelancaran MSUMC ialah Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, Presiden MSU dan Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd. Hamid, Naib Canselor MSU. Turut serta ialah Datuk Nasharuddin Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif, MSUMC dan Datuk Dr Lailanor Ibrahim, Pengarah Kesihatan,MSUMC.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SEJAJAR dengan aspirasi Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menerbitkan buku muzik yang berkualiti dan boleh dipasarkan ke...
KUALA LUMPUR - Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini telah mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar atau Asia Center of Excellence for...
NILAI – Gandingan mantap artis hiburan dan nasyid bantu misi kemanusiaan melalui jualan tiket dan kutipan tabung yang dijalankan sepanjang konsert itu berlangsung. Konsert Dua...
Usaha murni 40 peserta terdiri dari mahasiswa Malaysia United Kingdom yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memulakan ekspedisi menjejaki golongan kurang bernasib baik di...
Usaha murni 40 peserta terdiri dari mahasiswa Malaysia United Kingdom yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memulakan ekspedisi menjejaki golongan kurang bernasib baik di...
SHAH ALAM - SANADA atau nama penuhnya Pameran Busana dan Budaya telah dirasmikan di Management & Science Universiti (MSU) Shah Alam hari ini. Pelbagai pameran menarik diadakan di...