> > Upsi terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2017
Upsi terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2017
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 28 Januari 2019

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) meneruskan kecemerlangannya pada tahun 2019 apabila menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) 2017 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Naib Censelor Upsi, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, dengan penganugerahan itu, Upsi diperakukan dengan Status Keselamatan Perlindungan di tahap cemerlang (5 Bintang) dengan memperolehi keputusan 98.7 peratus.

“Ini menunjukkan setiap warga universiti sentiasa komited untuk memastikan sistem tadbir urus keselamatan perlindungan di tahap terbaik dan semoga kita terus menempa kejayaan dan mendapat pengiktirafan samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa,” katanya.

Dr. Mohammad Shatar (empat, kanan) menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2017.

Sijil Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan disampaikan oleh Pengarah Pejabat Ketua Keselamatan Malaysia Negeri Perak, Norazmi Abdullah kepada Dr. Mohammad Shatar, dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tuanku Bainun, di sini.

Hadir sama, Pendaftar, Dr. Zainab Othman, Timbalan Pengarah CGSO Negeri Perak, Mohd Nasran Mohd Noh dan Pegawai Undang-undang, Mazni Buang.

Penilaian untuk anugerah tersebut telah dibuat didalam inspektorat pada tahun 2016 dan Upsi mendapat keputusan 79 peratus sekaligus terpilih oleh CGSO Negeri Perak untuk menyertai Pertandingan Anugerah Khas Audit Inspektorat Keselamatan Perlindungan 2017. Semasa proses auditan yang diadakan pada 31 Oktober hingga 1 November 2017, Upsi telah diaudit dari segi skop keselamatan, fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
ARAU - Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang...
TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) akan mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris Ke-20 yang akan diadakan pada 30 Oktober...
TANJUNG MALIM - Di sebalik kesibukan sebagai tenaga pengajar serta perlu mengurus empat anak bukanlah penghalang buat pasangan suami isteri Mohd Nizam Diran dan Siti Haslina Taslin...
BANGI - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dinobatkan sebagai Universiti Terbaik Program Pitching Syarikat Perunding Muda Simposium [email protected] anjuran Kementerian...
BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 113,190 penutup botol digunakan bagi menyiapkan empat mural tiga dimensi (3D) yang bercirikan pemandangan di sekitar kawasan Seberang Perai, di...
TANJUNG MALIM - Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) perlu menjadi modal insan pendidik yang berkualiti, kreatif, produktif dan menguasai kemahiran diri menepati...