> PAHANG > Mahasiswa manfaatkan cuti semester
Mahasiswa manfaatkan cuti semester

KUANTAN - Cuti semester mahasiswa tidak disia-siakan dengan aktiviti yang tidak berfaedah, sebaliknya mereka menghabiskan cuti semester tersebut dengan menganjurkan program motivasi interaktif untuk pelajar sekolah menengah.

Program yang dinamakan Membina Peribadi Unggul ini telah direncanakan oleh gabungan Mahasiswa Anak Kuantan dalam mengendalikan program motivasi bersama-sama 222 pelajar Tingkatan 3 dari SMK Beserah.

Program yang pertama kali dianjurkan bersama 15 fasilitator Mahasiswa Anak Kuantan ini turut didedahkan dengan pelbagai kemahiran interpersonal yang sangat diperlukan bagi membina peribadi unggul para pelajar.

Apa yang menarik, gabungan ini terdiri daripada mahasiswa yang berlatarbelakangkan haluan pendidikan berbeza dan kepelbagaian universiti seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Open Universiti Malaysia (OUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan DRB-HICOM, University Automotive of Malaysia.

Pelajar juga berkemahiran dalam mencipta logo kumpulan yang sangat kreatif.

Menurut pengarah program, Chek Muhammad Hafizzuddin yang merupakan mahasiswa semester pertama UUM, gabungan mahasiswa ini bermatlamatkan untuk mendedahkan kemahiran interpersonal yang berkualiti kepada para pelajar SMK Beserah kerana dunia pendidikan saban hari semakin mencabar.

“Kami mahu berkongsi kemahiran interpersonal dan pengalaman yang telah kami timba semasa di universiti kepada pelajar-pelajar agar mereka bersedia mengharungi setiap cabaran dan menentukan matlamat jangka masa pendek mereka iaitu berjaya dalam Peperiksaan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) yang akan ditempuhi akhir tahun ini,” katanya.

Program yang mendapat kerjasama daripada pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Beserah, Kuantan ini telah berlangsung pada 24 Januari 2019 lalu.

Istimewanya, program ini diceriakan dengan pelbagai pendekatan aktiviti yang menarik sehingga mampu merangsang minda pelajar untuk melakukan pelbagai tugasan dengan waktu yang singkat dan hasilnya sangat kreatif.

Semoga program anjuran gabungan mahasiswa ini diteruskan lagi bagi membantu pelajar-pelajar yang berpotensi untuk memajukan diri mereka dalam pelbagai bidang yang luas ruang dimensinya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Cuti semester dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan melakukan aktiviti berfaedah. Selain dapat mengisi masa terluang, sudah tentu paling penting dapat menjana pendapatan...
ASALNYA dia seorang yang pendiam, pasif dan kurang keyakinan diri. Namun, lama-kelamaan, Ahmad Safiuddin Ibrahim, 22, sedar dia tidak boleh terus berada dalam 'dunia'nya...
UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam telah menganjurkan satu program seminar berkaitan kepentingan HALAL kepada para pelajar bagi memberi pendedahan mengenai Amalan...
GOMBAK - Gotong-royong BUDI anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah pun diadakan di kawasan tanah perkuburan yang terletak di UIAM Gombak. Tanah perkuburan ini...
BARISAN mahasiswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) amat prihatin dan berinisiatif tinggi bagi membantu golongan warga tua yang memerlukan dengan menganjurkan program...