> KELANTAN > UMK tawar kursus keusahawanan 12 jam kredit
UMK tawar kursus keusahawanan 12 jam kredit
BERNAMA Ahad | 27 Januari 2019

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi universiti awam pertama menawarkan program akademik berteraskan keusahawanan dengan 12 jam kredit pada peringkat prasiswazah.

Naib Canselor UMK, Prof. Dr Noor Azizi Ismail berkata, UMK menerapkan subjek keusahawanan ini dalam semua jurusan terutama pelajar dalam bidang keusahawanan sahaja.

"Setiap pelajar perlu menyertai latihan 10 hari di industri bagi mendedahkan dan membiasakan mereka dengan dunia sebenar pekerjaan di peringkat awal,” katanya kepada Bernama semasa menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor UMK 2019 dan Majlis Mengenang Jasa di UMK Kampus Kota di sini hari ini.

Noor Azizi berkata, UMK turut menanggung misi dan amanah besar melahirkan bukan sahaja usahawan tetapi modal insan yang berminda usahawan yang dilihat mampu bersaing di mana-mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja.

"Dengan menerapkan subjek ini ia dilihat dapat membantu graduan sebagai ‘job creator’ iaitu pemangkin utama kepada mereka untuk membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan,” katanya.

Noor Azizi berkata, pada tahun 2018 sebanyak 376 buah syarikat siswa universiti (SSU) ditubuhkan membabitkan 703 pelajar.

"UMK juga telah melahirkan alumni yang berjaya dalam bidang keushawanan antaranya Hakimullah Khabilu yang menubuhkan Ruby Coffee Enterprise dan juga Muhammad Hafizuddin Hiew Abdullah yang merupakan Pengarah Urusan dalam Tunas Duta Cemerlang Sdn. Bhd.

"Kebolehpasaran graduan dalam bidang keusahawanan ini juga meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun 2017,” katanya. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...