> SUKAN > UiTM FC intai empat kelompok terbaik Liga Premier 2019
UiTM FC intai empat kelompok terbaik Liga Premier 2019
BERNAMA Isnin | 28 Januari 2019

SHAH ALAM - Kelab Bola Sepak UiTM FC menyasarkan untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Liga Premier 2019 yang bermula Sabtu ini.

Presiden UiTM FC, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk layak ke final Piala FA dan pusingan kedua Piala Malaysia.

"Kami yakin dapat memenuhi sasaran berkenaan dengan kemasukan empat pemain import yang baharu, masing-masing seorang dari Brunei, Senegal, Uganda dan Montenegro yang akan tiba di Malaysia dalam beberapa hari lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain UiTM FC bagi saingan Liga Malaysia 2019 di sini hari ini.

SHAH ALAM, 28 Jan -- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said (tengah) yang juga Presiden UiTM FC bersama penaja-penaja pada Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain Pasukan UiTM FC Musim 2019 hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih UiTM FC, Ismail Zakaria mendedahkan pasukan berkenaan menampilkan lebih 50 peratus muka baharu bagi menghadapi saingan mencabar pada musim ini.

"Hanya 10 pemain daripada 29 pemain pasukan tahun ini merupakan muka lama yang bermain pada musim lepas, manakala bakinya adalah muka baharu termasuk pemain import," katanya.

Pada masa sama, Ismail yakin beliau tidak berdepan masalah untuk melatih pasukan berkenaan yang kebanyakan terdiri daripada pelajar universiti berkenaan.

"Mereka ini 'pemain yang berfikir' dan cepat belajar, tetapi mereka perlu pendedahan yang luas, sebab itu kita banyak adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super seperti Selangor dan Melaka United," kata Ismail yang pernah mengendalikan beberapa pasukan tempatan seperti Kuantan FA dan Sime Darby FC.

SHAH ALAM, 28 Jan -- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said (tiga, kiri) yang juga Presiden UiTM FC memperkenalkan jersi pasukan bola sepak UiTM FC pada Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain Pasukan UiTM FC Musim 2019 hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

UiTM FC bakal menggunakan jersi ungu sebagai jersi utama dan jersi merah sebagai jersi kedua daripada jenama Puma.

Skuad The Lion Troops akan memulakan saingan Liga Premier 2019 menentang Polis Diraja Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Jumaat ini.

Untuk rekod, UiTM FC menduduki tangga kesembilan daripada 11 pasukan dalam saingan Liga Premier 2018.

Mereka sekadar mara sehingga ke pusingan ketiga Piala FA namun gagal layak beraksi ke Piala Malaysia.

Barisan pemain UiTM FC musim 2019: Muhammad Azam Jais, Ahmad Syahmi Shukri, Mohamad Hakim Ismail, Nik Syafiq Syazwan Nik Min, Muhammad Nursalam Zainal Abidin, Mohd Zulkiffli Zakaria, Nur Areff Kamaruddin, Syed Ariff Syed Mohammad Uzir, Muhammad Afif Asyraf Mohamad Zabawi, Wan Mohamad Fatah Wan Ali, Mohammed Amer Azahar, Muhammad Izman Solehin Rohadi, Mohammad Shafiq Al Hafiz Dawawi, Muhammad Afiq Mohd Arshad, Mohd Aliffikhwan Mazlan, Muhammad Faizal Mohd Arif, Megat Ahmad Zakwan Megat Ahmat Azizuddin, Muhammad Nuzul Iman Nurallail, Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri, Ahmad Azriddin Rosli, Muhammad Zulkhairi Zulkefli, Muhamad Nor Haziq Mohd Aris, Muhammad Nizarruddin Jazi, Muhammad Rafie Mat Yaacob, Zulkarnain Rosli, Adi Said (Brunei), Bernard Coulibaly Agele (Uganda), Robert Waly Lopez (Senegal) -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...