> > Tular versi caklempong main lagu KPop ddu-ddu-du, ini cerita lelaki di sebaliknya
Tular versi caklempong main lagu KPop ddu-ddu-du, ini cerita lelaki di sebaliknya
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI Selasa | 29 Januari 2019

Di sebalik cerita sebuah kumpulan muzik caklempong di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SPBI) Gopeng, Perak, membuat persembahan yang lain daripada yang lain, bermula dengan buah fikiran seorang guru muzik di sekolah itu.

Bermula dengan idea daripada cikgu muzik dan sejarah dikenali sebagai Mohd Afizal Abd Razak, 34, telah menubuhkan tim gamelan yang dimulakan pada tahun 2012 sebelum pasukan caklempong ditubuhkan pada tahun 2015.

Mohd Afizal (kanan, belakang) bersama-sama tim gamelan SBPI Gopeng.

Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini juga berkata, kedua-dua pasukan gamelan dan caklempong disertai oleh pelajarnya yang mempunyai bakat dalam bidang muzik.

"Pasukan yang diberi nama Gemersik Pawana itu adalah idea sendiri selepas melihat bakat pelajar-pelajar saya dalam bidang muzik apabila mereka ini boleh pergi lebih jauh lagi.

"Kebetulan saya ambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik di UPSI dan kepakaran lebih kepada alat-alat muzik orkestra tetapi disebabkan masalah harga barang muzik ini mahal, saya cuba mendalami muzik tradisional," katanya kepada Kampus Uols.

Tim caklempong SBPI Gopeng di bawah tunjuk ajar Mohd Afizal.

Jelasnya, ini kerana harga alat muzik tradisional lebih murah berbanding dengan peralatan muzik orkestra.

Bapa kepada dua cahaya mata ini juga mengakui dia turut meminati muzik tradisional kerana pernah memainkan gendang silat pada usia muda lagi.

Mohd Afrizal (tiga kanan) bersama-sama pasukan gamelan SBPI Gopeng ketika diwawancara di salah sebuah stesen televisyen.
Capai hasrat kerajaan bina pelajar dengan KBAT

Mohd Afizal berkata, dia memilih pelajar tingkatan dua yang kini sudah berada di tingkatan empat berdasarkan bakat ketika sewaktu kelas muzik yang diajarnya.

Tambahnya, dia juga menjalani latihan pada sebelah petang selepas sesi persekolahan termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Ahli keluarga Mohd Afrizal.

"Kebanyakan lagu yang mereka mainkan adalah lagu tradisional caklempong... cuma kita tambah beberapa lagu moden untuk menyerikan sesuatu majlis.

"Lagu dududu nyanyian kumpulan Kpop, Blackpink itu adalah hasil ciptaan pelajar itu sendiri tanpa bantuan saya dengan menggunakan asas-asas yang mereka belajar lagu tradisional.

"Boleh dikira tercapai hasrat kerajaan untuk membina pelajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)," katanya kepada Kampus Uols.

Latih pelajar pelajar lelaki dan perempuan secara berasingan

Pasukan melibatkan 10 pelajar perempuan dilatih berasingan dengan pasukan gamelan yang terdiri daripada pelajar lelaki.

Katanya, ini kerana mereka di sekolah sains agama dan pihaknya tidak mahu bercampur lelaki dan perempuan.

Keratan akhbar yang memaparkan Mohd Afrizal.

"Buat masa ini, pelajar perempuan menguasai caklempong manakala pasukan satu lagi gamelan.

"Selain itu, saya juga bertanggungjawab mengajar kedua-dua tim ini kerana hanya saya seorang guru muzik di SBPI Gopeng," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SETIAP orang punya idolanya sendiri. Begitu juga dengan personaliti Ikon kali ini yang menamakan bapanya sebagai idola.
JABATAN Bahan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Masjid Tanah Melaka...
PUTRAJAYA - Majlis Anugerah Kecemerlangan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dengan Universiti Awam (UA) Tahun 2018 telah diadakan di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian...
Cuti semester tidak seharusnya dipersia tanpa dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Menyedari hal ini, Youth of Happiness (YOSH) mengambil langkah proaktif dengan melatih...
SERI ISKANDAR - Mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) cukup sinonim dengan bidang sains dan teknologi, namun ia tidak bermakna mereka akan kaku jika diminta untuk...
Konsert The Era anjuran pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) telah diadakan di...