> > 'Smart study' jadi rahsia
'Smart study' jadi rahsia
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI Rabu | 30 Januari 2019

Pernah hampir tidak mendapat bayaran selepas video yang dihasilkannya diserah kepada pelanggan, namun itu tidak pernah sesekali memutuskan jiwa besar mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini untuk terus berjuang dalam bidang kreatif.

Bagi Muhammad Shakkir Abdul Latif, 22, dugaan seperti itu mendewasakan dirinya dalam berdepan dengan pelanggannya pada masa hadapan untuk lebih berhati-hati.

Katanya, ia juga tidak akan pernah mematahkan semangatnya untuk terus melangkah ke hadapan untuk meneruskan kerja sambilannya di samping tidak meninggalkan pengajiannya.

Rahsia 'study smart'

Jelas anak kelahiran Beruas ini, minatnya dalam bidang fotografi dan videografi ini bermula ketika melihat orang lain merakam gambar dan video.

Shakkir sentiasa bersikap profesional dalam setiap tugasan yang diterimanya

Malah, katanya, dia juga turut meminjam peralatan seperti kamera DSLR daripada orang lain untuk menjalankan kerjanya selepas melihat peluang cerah dalam bidang tersebut.

"Saya juga mencari duit sendiri untuk membeli alatan sendiri seperti dron, kamera, komputer riba untuk mengedit dan juga perisian sendiri.

Mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerja sambilan dan pembelajaran, Shakkir berkata, jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dengan Kepujian di UPSI yang diambilnya berbeza dengan penuntut lain. Waktu siang ke kelas seperti biasa, manakala malamnya pula mengikuti latihan muzik.

Shakkir turut menggunakan dron untuk mengambil foto atau video untuk pelanggannya.

Katanya, ia ditambah dengan kerja sambilannya yang tidak menentu selain pelbagai tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

"Tidak cukup tidur itu perkara biasa dalam saya membahagikan. Saya perlu gunakan konsep study smart dalam pengajian," katanya.

Siap dalam satu hari

Shakkir berkata, dia mula mendapat pelanggan dengan sering membantu rakan membuat video atau gambar demo secara percuma dan disebarkan menerusi laman sosial seperti Instagram, Facebook serta Youtube.

"Saya akan terus membuat kerja post production selepas habis kelas atau selesai latihan pada waktu malam.

"Kebiasaannya, saya akan ambil kerja sambilan pada waktu cuti supaya kurang mengganggu jadual harian. Saya juga akan tetapkan masa bersesuaian dengan pelanggan walaupun ia sukar sebenarnya," katanya.

Shakkir bersama-sama ahli keluarga

Dia mampu menyiapkan satu-satu kerja dalam tempoh satu hari bergantung kepada permintaan pelanggan, bayaran, teknik penyuntingan atau jalan cerita yang diberikan.

Walau bagaimapun, Shakkir yang bekerja seorang diri mengakui sukar untuk menemui rakan yang berminat dalam bidang kreatif itu.

Ambil insiatif bantu ibu bapa

Anak keempat daripada enam beradik ini berkata, dia bekerja sambilan untuk meringankan beban kedua ibubapanya.

Katanya, mereka hanya berniaga di pasar malam dengan pendapatan tidak menentu sebagai sumber pendapatan keluarganya.

Shakkir bersama-sama ahli keluarga menghadiri majlis pengijazahan abangnya baru-baru ini

"Saya masih ada empat beradik yang belajar di fakulti sama dan dua adik bersekolah. Pastinya perbelanjaan besar untuk menanggung kami," katanya.

Sentiasa profesional

Shakkir sentiasa bersikap profesional ketika menjalankan tugasan mahupun berdepan dengan pelanggannya.

Dia juga mempelajari teknik-teknik tersebut daripada Youtube.

"Selain itu juga, saya cukup menitikberatkan kualiti video dan gambar yang diambil selain memenuhi kehendak pelanggan dengan sebaik mungkin," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
TANJONG MALIM – Atas nama tanggungjawab dan keprihatinan, seramai 15 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak kesal berkorban cuti hujung minggu demi...
TANJUNG MALIM - Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) perlu menjadi modal insan pendidik yang berkualiti, kreatif, produktif dan menguasai kemahiran diri menepati...
KUALA LUMPUR - UPSI Holding Sdn Bhd (USHB), anak syarikat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan melancarkan pembukaan Pusat Latihan Hospitaliti atau Scholar’s Suites di...
IPOH - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan pada 27 November 1956. Dalam hierarki Kesultanan Negeri Perak, Baginda...
ARAU - Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang...
TANJUNG MALIM - Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengadakan satu program bertemakan "Gala Citra Bakat", anjuran Exco Kesenian dan...