> > Bantuan sara hidup bantu ringankan beban pelajar FTKW hidap penyakit kanser hidung
Bantuan sara hidup bantu ringankan beban pelajar FTKW hidap penyakit kanser hidung
PUSAT HAL EHWAL KORPORAT, PIUMK Rabu | 30 Januari 2019

MACHANG - Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (PIUMK) akan mempertimbang untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup kepada penuntut tahun empat program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Abdul Halim Mat Hassan untuk membantu meringankan penderitaan yang dialaminya.

Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Azhar Muhammad berkata, bantuan sara hidup itu bagi membantu meringankan perbelanjaan Abdul Halim yang mengalami penyakit kanser hidung sejak tahun 2018.

Beliau berkata, pihak PIUMK berusaha untuk pertimbangkan Bantuan Sara Hidup memandangkan penuntut tersebut bergantung hidup kepada susu khas yang dicadangkan doktor dengan perbelanjaan mencecah RM700 sebulan.

Perbelanjaan tersebut agak membebankan kerana bapanya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan tidak menentu dan mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan.

“Bantuan kewangan itu akan disalurkan terus kepadanya secara bulanan bagi membantunya menjalankan rawatan dan menjalankan Latihan Industri di kediaman keluarganya.

“Ekoran penyakit yang dialami, Abdul Halim terpaksa menangguhkan pengajian Latihan Industri pada tahun akhir pengajian akibat serangan penyakit tersebut pada tahun lepas,” katanya pada Program Lawatan Mahabbah Pusat Islam, di Kampung Kok Kiak Baka, Ulu Sat, Machang, Kelantan, pada 21 Januari lalu.

Turut hadir, Ketua Unit Zakat Kebajikan dan Keusahawanan PIUMK, Mohd Binyamin Che Yaacob dan staf PIUMK.

Berziarah ke kediaman pelajar yang sakit.

Pada lawatan itu, Prof. Madya Dr. Azhar telah menyampaikan bantuan zakat di bawah program zakat PIUMK.

Sementara itu, pada majlis lain, PIUMK telah menyampaikan bantuan zakat kepada pelajar tahun dua Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Adhwa Nazihah Abdullah yang menghidap ketumbuhan di kepala dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Menyampaikan bantuan zakat.

Penyampaian zakat turut diserahkan kepada pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Siti Nurzahira Che Tahrim, yang mengalami lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya pada awal tahun 2018.

Sumbangan zakat itu disampaikan oleh Prof. Madya. Dr. Azhar kepada Dekan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Madya Dr. Zailani Abdullah sebagai wakil majikannya.

Dalam ucapannya, Timbalan Pengarah PIUMK berharap pihak bank, syarikat korporat dan persendirian bermurah hati menyalurkan dana zakat kepada PIUMK untuk memberi bantuan kepada lebih ramai pelajar dan staf UMK yang memerlukan.

Foto: Ustaz Binyamin Yaakob


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Woodtechno Expo antara usaha dilakukan penuntut Program Teknologi Sumber Hutan (SEH) Faku­l­ti Biokejuteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli...
BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan peluang untuk penuntutnya mengembangkan produk kreatif bertaraf antarabangsa. Timbalan Canselor UMK, Profesor Datuk Dr...
Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Abdul Halim Mat Hassan, 25 terpaksa menangguhkan pengajiannya selepas disahkan menghidap kanser pangkal hidung sejak Disember 2017.
GENDANG gendut tali kecapi, kenyang perut senanglah hati. Pantun dua kerat ini mungkin biasa kita dengar, tetapi berapa ramai pula yang mengenali alat muzik bernama kecapi? Di...
JELI- Sebanyak 3,132 tempat ditawarkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada mahasiswa baharu bagi sesi September 2018/2019 yang mula mendaftar semalam. Timbalan Naib Canselor...
Hanya linangan air mata dapat dizahirkan sepasang suami isteri ini.