> > Dulu model cilik botol kordial, lihat siapa dia hari ini... bukan calang-calang tau!
Dulu model cilik botol kordial, lihat siapa dia hari ini... bukan calang-calang tau!
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI Rabu | 30 Januari 2019

Siapa sangka wajah model cilik yang comel di botol kordial kini menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan.

Malah bidang diploma kejuruteraan mekatronik di UTMKL yang dipilih oleh Madihah Mohd Firdaus, 21, itu juga kebanyakannya dipelopori oleh golongan adam.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini berkata, minatnya dalam bidang kejuruteraan bermula sejak kecil lagi.

Mardihah yang kini melanjutkan pengajiannya di UTMKL dalam bidang kejuruteraan.

"Minat saya pada bidang kejuruteraan bermula sejak kecil kerana sejak kecil suka memasang pelbagai jenis benda.

"Selain itu juga, saya juga suka menonton video berkenaan robot dan ia menimbulkan rasa seronok ketika saya melihatnya," katanya kepada Kampus Uols.

Madihah ketika menyertai program yang dijalankan fakultinya.

Anak jati Kuala Lumpur ini juga memberitahu kakak sulungnya yang kini bekerja dalam sektor pelaburan manakala abangnya mengambil bidang multimedia.

Tambahnya, minatnya pada bidang kejuruteraan membuatkan dia memilih bidang kejuruteraan mekatronik untuk pengajiannya di peringkat diploma.

Dia yang kini dalam semester enam turut berhasrat mahu melanjutkan pengajiannya di dalam ijazah sarjana muda di UTM setelah tamat nanti pengajiannya di sini.

Madihah yang kini sedang mempelajari dalam bidang kejuruteraan mekatronik di UTMKL.

"Sudah minat saya dalam bidang ini selain mahu melanjutkan pengajian di dalam kejuruteraan mekatronik di UTM, Skudai," katanya.

Menceritakan ketika sesi fotografi untuk menjadi model untuk sebuah jenaman minuman, Madihah memberitahu, dia datang bersama-sama ayahnya di lokasi pengambaran.

Menurutnya, dia terpilih selepas berjaya mengharungi ujian daripada pihak syarikat tersebut yang dibawa oleh ibunya.

"Seingat saya, ketika itu usia baru menjangkau usia 5 atau 6 tahun dan tidak ada mood ketika tiba di lokasi menyebabkan sesi fotografi mula agak terlewat.

"Namun begitu, disebabkan pujukan ayah dan tim fotografi banyak membantu mengembalikan mood saya sehingga gambar yang digunakan pada botol minuman tersebut sehingga ke hari ini," katanya.

Madihah ketika kecil yang turut menjadi model pada botol minuman.

Tambahnya lagi, ketika tular baru-baru ini, ramai rakannya baru mengetahui bahawa dialah model pada botol minuman tersebut kecuali kawan rapat yang mengetahui sejak awal lagi.

Jelasnya, ramai rakan-rakannya mahu memastikan bahawa tular yang di laman media sosial adalah betul dan bukan sebaliknya.

"Saya terima dengan hati terbuka tentang perkara itu selain terima ramai lagi kawan baharu," katanya.

**Like & Follow Kampus Uols di Facebook Instagram Twitter & Youtube


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Setiap orang ada cara kehidupannya yang tersendiri. Kadang kita tak jangka apa yang Allah mahu uji. Di sebalik ujian yang ditimpakan ada hikmah yang tersembunyi.
Walaupun memiliki Diploma Kejururawatan, namun ia bukanlah jaminan untuk Noor Ezzreen Abdu Razak atau lebih selesa dikenali dengan panggilan Bunga meneruskan kerjaya dalam bidang...
SKUDAI - Seramai 3,944 pelajar baharu peringkat sarjana muda melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi pengajian 2018/ 2019. Timbalan Naib Canselor...
DUBAI – Pada Ahad lepas adalah hari yang amat penting dan dinantikan sekalian lama buat empat orang sahabat baik selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia...
KUALA LUMPUR - Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mariani Abdul Hamid dan Dr. Mohd Iskandar Illyas Tan muncul sebagai pemenang utama dan saguhati di majlis Anugerah...
KULAI - “Saya masih lagi trauma dan tetap terasa ada gegaran saat mahu baring,” luah Nordziakon Husnan, 32, yang terkandas di Lapangan Terbang Sapporo, Jepun sejak Rabu...