> > UiTM bekerjasama melindungi data
UiTM bekerjasama melindungi data
FIRDAUS HANAN, UITM Rabu | 30 Januari 2019

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mendapat makluman mengenai penjualan maklumat pelajar dan alumni di Dark Web pada bulan November 2018.

Memetik kenyataan media daripada Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said hari ini, beliau menjelaskan, sebaik sahaja menerima laporan ini pihak UiTM dengan segera telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Sehingga kini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan.

"Pihak UiTM juga sedang giat bekerjasama dengan pihak NACSA (National Cyber Security Agency) Majlis Keselamatan Negara, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan MyCERT (Malaysian Computer Emergency Response Team) sejak November 2018 bagi menjalankan siasatan serta menganalisis keutuhan sistem aplikasi UiTM.

"Setakat hari ini penemuan awal pihak NACSA mendapati bahawa tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan menjurus kepada kebocoran maklumat berlaku. Walau bagaimanapun, pihak NACSA masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan maklumat terkini yang telah diperoleh.

"Pada masa yang sama, pihak UiTM komited dan sentiasa telus dalam membekalkan sebarang maklumat yang diperlukan oleh semua pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

"UiTM kini juga sedang giat menjalankan pelbagai penambahbaikan dan pemantapan prosedur serta operasi bagi memastikan integriti rangkaian, program dan data dilindungi dari sebarang serangan, kerosakan atau akses tanpa izin.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah dan sedang membantu UiTM dalam menangani isu keselamatan ini. Saya juga berharap agar orang ramai dapat memberikan ruang kepada pihak-pihak berkaitan dalam menjalankan siasatan dengan adil, telus dan berkesan," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:UiTM siasat data pelajar bocor, NC sahkan sistem maklumat tidak digodam


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
AUTA Dakwaan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menerima arahan bagi pengambilan pelajar dibuka kepada semua kaum tular di media sosial. Tangkap layar WhatsApp...
GOMBAK - Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (ePJJ), Institut Pendidikan Neo (iNED), Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menjalankan satu...
PETALING JAYA - Prihatin pentingnya penjagaan gigi dalam kalangan masyarakat, satu majlis pelancaran kempen Save Your Gums, Save Your Teeth yang dipelopori Systema dengan kerjasama...
SHAH ALAM - Jaringan Perniagaan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyeru alumni UiTM yang memiliki perniagaan, supaya berdaftar dengan pertubuhan itu sebagai usaha untuk...
SHAH ALAM - Lebih 22,000 alumni Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Universiti Teknologi Mara (UITM) meraikan Sambutan 50 Tahun Jubli Emas fakulti tersebut yang dahulu dikenali...
SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan sambutan Program Karnival Kesihatan UiTM 2018 berserta Pelancaran Kempen UiTM Ke Arah Kampus Bebas Asap...