> SEL KL > Perdana University, Bookdoc meterai kerjasama
Perdana University, Bookdoc meterai kerjasama
BERNAMA Khamis | 31 Januari 2019

SERDANG - Perdana University dan BookDoc memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam bidang penjagaan kesihatan dan latihan perubatan serta penyelidikan dan penerbitan selain membangunkan aplikasi mudah alih program penjagaan kesihatan, semalam.

MoU itu akan membuka laluan untuk kedua-dua pihak berkongsi data mengenai demografi rakyat Malaysia seperti obesiti mengikut kumpulan umur dan lokasi serta menggariskan program intervensi interaktif bagi pelbagai segmen.

MoU dimeterai oleh pemangku Naib Canselor Perdana University Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan pengasas BookDoc Datuk Chevy Beh di kampus universiti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas pemeteraian MoU itu, Fadhlullah Suhaimi berkata kerjasama tersebut juga membuka peluang bagi graduan sains kesihatan Perdana University bekerja di BookDoc, sebuah platform dalam talian bersepadu yang menghubungkan pesakit dan pakar penjagaan kesihatan.

Beh pula berkata BookDoc berhasrat menambah baik ekosistem penjagaan kesihatan di rantau ini menerusi kerjasama dengan universiti itu.- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) dan Mercedes-Benz (Malaysia) Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama industri, penyelidikan, pembangunan akademik dan...
KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Institut Sains dan Teknologi...
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat institusi pendidikan di Indonesia, Thailand dan Filipina yang antara...
Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan HSS Engineers Berhad hari ini untuk membangunkan kerjaya pekerja berpotensi untuk membantu...
KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Hassan II Casablanca yang terkenal dengan sekolah kejuruteraannya. Kerjasama...
TREND pengangkutan di bandar-bandar maju kini berubah berteraskan pengangkutan rel yang menjadi pilihan bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan pembebasan gas/racun akibat...