> SEL KL > Kumpulan pertama lulusan diploma kemahiran lanjut pengajian di MTUN September ini
Kumpulan pertama lulusan diploma kemahiran lanjut pengajian di MTUN September ini
BERNAMA Khamis | 31 Januari 2019

PUTRAJAYA - Kumpulan pertama pelajar lulusan diploma kemahiran bakal melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) pada sesi pengajian September ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) secara prinsipnya bersetuju supaya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak diambil kira untuk kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda sekiranya pemohon sudah mempunyai diploma atau diploma lanjutan dalam bidang kemahiran.

"Sebelum ini, dia (lulusan diploma kemahiran) tidak boleh masuk universiti sebab perlu tengok SPM, tetapi kalau dia dah ada diploma yang lebih tinggi daripada SPM, kita mahu supaya mereka diberi pengiktirafan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPKK, di sini semalam.

Mahfuz berkata empat universiti di bawah MTUN yang terlibat ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat MPKK turut meluluskan 74 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) merangkumi beberapa bidang Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC).

Mahfuz berkata Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menjadikan NOSS sebagai penanda aras dalam mentauliahkan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau berkata sehingga Disember 2018, terdapat 1,360 institusi ditauliah oleh JPK, melibatkan 649 pusat bertauliah awam dan 711 swasta.

Katanya semua syor dan cadangan pada mesyuarat itu juga akan diperhalusi di peringkat jawatankuasa kerja dan dibentangkan sekali lagi pada mesyuarat MPKK, Oktober depan.

Mahfuz berkata keputusan MPKK itu nanti akan dijadikan dasar negara dalam pembangunan TVET yang seterusnya menjadi input kepada Rancangan Malaysia ke-12.- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SERAMAI 120 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah mengikuti ceramah ‘Antara Kerjaya Dengan Sambung Belajar, Satu...
TANJUNG MALIM - Di sebalik kesibukan sebagai tenaga pengajar serta perlu mengurus empat anak bukanlah penghalang buat pasangan suami isteri Mohd Nizam Diran dan Siti Haslina Taslin...
Hanya kerana tidak dapat menghadiri majlis graduasinya, seorang mahasiswa lepasan Diploma Komunkasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, meraikannya dengan cara...
BATU PAHAT - Istiadat konvokesyen graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) semalam menjadi momen paling indah apabila diraikan dalam majlis penganugerahan pangkat oleh...
PUSAT Pengajian Teater Fakulti Filem, Teater dan Animasi akan menganjurkan Projek Diploma Art Showcase yang akan mementaskan sebuah teater bertemakan pengorbanan dalam mencapai...
Menyedari akan kepentingan sesuatu bahasa boleh diangkat sebagai bahasa komunikasi di seluruh dunia dengan menjadikan ia bahasa perantaraan, Al Madinah International University...