> > Lawatan SEED Business College ke Karangkraf luaskan ilmu pengetahuan
Lawatan SEED Business College ke Karangkraf luaskan ilmu pengetahuan
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 31 Januari 2019

SHAH ALAM - Seramai 15 mahasiswa dan kakitangan dari SEED Business College, Seksyen 13 Shah Alam terdiri tiga program iaitu Diploma Keusahawanan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Perakaunan telah mengadakan lawatan hari ini ke Kumpulan Media Karangkraf bagi tujuan untuk mempelajari gerak kerja dan memahami tentang sesuatu produk yang dihasilkan.

Menurut Azlinda Mohd Ali, bahagian Pendaftar kolej tersebut, kehadiran mereka ke premis ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan kualiti di samping gerak kerja sama ada di jabatan editorial, grafik, fotografi mahupun percetakan.

“Kita sedia maklum yang Karangkraf ini mempunyai banyak produk. Antaranya akhbar Sinar Harian, majalah, al-Quran, buku, novel dan sebagainya. Jadi, sebagai mahasiswa yang terlibat secara langsung dalam pengurusan perniagaan, lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf sangat bertepatan dengan apa yang mereka pelajari di kampus,” katanya.

Selain itu para peserta lawatan juga diberi taklimat ringkas oleh Editor Kampus Uols, Noor Fazidah Umar tentang portal dan sisipan kampus uols dalam Sinar Harian terbitan setiap hari Selasa di samping memberi pendedahan kewujudan Kampus Uols yang berkaitan dengan segalanya tentang universiti. Mereka juga digalakkan untuk menyumbangkan artikel bagi mengasah bakat dalam penulisan.

Bagi Amirul Mukminin Zakhir, pelajar jurusan Diploma Keusahawanan berkata, hasil lawatan ini secara tidak langsung memberi input dan nilai tambah untuk mengetahui dengan lebih jelas serta menyeluruh bagaimana sesebuah operasi itu dihasilkan bermula dari mencari bahan mentah hinggalah siap untuk dipasarkan.

“Kami juga didedahkan dengan peluang kerjaya sebenar selepas tamat graduasi nanti yang mana saya melihat banyak ruang dan peluang yang boleh diterokai lebih-lebih lagi kami mengambil bidang bisnes,” katanya.

Amirul juga menggalakkan mahasiswa dari mana-mana kampus untuk mengadakan lawatan ke Karangkraf kerana banyak ilmu dan maklumat boleh diperoleh terutama melibatkan ruang kerjaya yang bakal ditempuhi nanti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SINTOK – Seramai 30 mahasiswa dan staf dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Bengkel Rakan Media dan Rakan Web di Hotel EDC Kuala Lumpur...
BERJAYA! Kontinjen Perarakan Universiti Putra Malaysia (UPM) diumumkan sebagai Naib Johan Sepanduk Terbaik dan Naib Johan Perarakan Terbaik dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul...
SEMPENA Bulan Kebajikan Negara, usaha kumpulan penuntut universiti ini juga mungkin boleh jadi contoh, berbuat baik bukan hanya melibatkan manusia dan haiwan, namun untuk...
Sekretariat Mahasiswa Fakulti dengan kerjasama Environmental Health And Safety Students Association, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah menganjurkan Kursus pengurusan Organisasi...
Rancangan Malaysia Ke-12 menunjukkan keutamaan yang diberikan oleh kerajaan kepada pemupukan teknologi hijau dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
DENGKIL - Terkesan dengan video kucing mengandung yang dimasukkan ke dalam mesin pengering baju yang tular baru-baru ini, sekumpulan pelajar asasi TESL Universiti Teknologi MARA...