> EVENT > 19 atlet UniSZA terima insentif berjumlah RM12,400
19 atlet UniSZA terima insentif berjumlah RM12,400
BERNAMA Jumaat | 1 Februari 2019

KUALA NERUS – Seramai 19 atlet Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berjaya meraih pingat dalam temasya sukan tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun lalu menerima insentif wang tunai berjumlah RM12,400.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif berkata, pemberian insentif tersebut merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama universiti dan negara.

"Ganjaran dan sumbangan dalam bentuk kewangan pada hakikatnya berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan lebih baik.

"Pemberian insentif ini juga memberi harapan kepada golongan atlet muda terutama pelajar yang baharu untuk menanam impian menjadi ahli sukan berjaya," katanya dalam kenyataan.

Antara penerima insentif tersebut ialah atlet karate, Noor Azizan Nor Azli yang memenangi pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 di Myanmar dan pasukan bola sepak yang muncul naib juara Kejohanan Liga Institut Pengajian Tinggi 2018.

Selain itu, penerima lain adalah atlet beraksi pada Kejohanan Taekwondo Universiti Dunia (WUC), Karnival Sukan MASUM 2018 dan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018.

Mereka menerima antara RM400 dan RM500 seorang mengikut pingat dimenangi. - Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menjalankan kajian...
Baru lima bulan dibebaskan dari penjara, seorang penganggur sekali lagi ditangkap polis kerana memecah masuk pejabat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan...
Kebiasaannya penduduk Terengganu akan mengehadkan aktiviti luar rumah sepanjang musim tengkujuh atas faktor keselamatan dan kesihatan
KUALA NERUS - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Harun Osman berjanji untuk menjadi perantara bagi mahasiswa dan pengurusan...
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka siap April tahun depan dan memulakan operasi pada Jun tahun yang sama.
KUALA NERUS - Bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung Sayembara Pantun Piala Nusantara 2018 (SAPPNA 2018). Pada pertandingan akhir berkenaan,...