> > UiTM Raub santuni nelayan Kampung Api
UiTM Raub santuni nelayan Kampung Api
AIMAN SADIQ ABDULLAH Khamis | 31 Januari 2019

KUANTAN - Program Seluas Budi Seteguh Harapan yang dianjurkan oleh Kelab Pebimbing Efektif Rakan Sebaya Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub memberi pendedahan kepada peserta dengan lebih mendalam tentang perbezaan budaya, cara hidup dan amalan penduduk kampung yang ada di Malaysia.

Penasihat Program, Rosfarhani Daud berkata, secara tidak langsung program yang diadakan bersama nelayan Kampung Api itu dapat melatih para peserta dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dan memperkemaskan lagi kemahiran komunikasi semasa bersama peserta lain dan masyarakat kampung.

Menurutnya, ini merupakan satu wadah melatih bakal pemimpin masa depan di samping mereka berpeluang menimba pengalaman mengenai kehidupan masyarakat yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik kuliah.

"Melalui program ini, kita dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran, nilai, sikap, etika dan profesionalisme dalam kehidupan mereka.

"Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan serta melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif," katanya kepada Kampus Uols ketika dihubungi di sini, semalam.

Program tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bersama penduduk kampung tersebut seperti gotong-royong membersihkan persisiran pantai, aktiviti menaiki bot nelayan, beramah mesra dengan penduduk kampung, aktiviti sukaneka dan merewang bersama penduduk kampung.

Rosfarhani berkata, program ini juga merupakan antara proses pelajaran dan pembelajaran secara tidak formal selain usaha mematangkan diri mahasiswa.

Menurutnya, diharapkan program ini dapat membentuk keyakinan diri dan mencungkil potensi diri setiap mahasiswa UiTM dengan penduduk kampung supaya tidak berasa kekok untuk memberi khidmat bakti setelah menamatkan pengajian kelak.

Dalam pada itu, beliau berkata, penyertaan dalam program itu juga dilihat mampu menguatkan lagi ikatan kasih antara mahasiswa dan penduduk kampung di samping membuka minda mahasiswa dengan suasana kampung nelayan terutama yang dibesarkan di bandar.

"Alhamdulillah, program yang dirancang ini berjaya dilaksanakan dengan baik sekali. Kami amat terharu dan teruja dengan penerimaan penduduk kampung yang turut serta dengan pelbagai aktiviti yang kami sediakan.

"Diharapkan usaha kami yang kecil ini dapat meringankan beban penduduk kampung, dan yang paling penting, ukhuwah antara kami dan penduduk kampung terjalin," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...