U-DIREKTORI
Apply Now
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996.

Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.

Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

KUIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.

KUIS melebarkan jaringan dan rangkaian MoU dan MoA dalam pembangunan akademik, penyelidikan dan inovasi sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang sentiasa relevan di peringkat nasional dan antarabangsa.

KUIS tekal memartabatkan Institusi Masjid al Azhar KUIS sebagai nadi kepada ketinggian rohani, kecemerlangan ilmu, paksi pembangunan insan dan lambang kesatuan ummah melalui solat berjemaah yang membentuk ikatan persaudaraan dan kasih sayang.

DARI KISDAR KE KUIS : PERJALANAN BELUM BERAKHIR

Tanggal 22 Oktober 2004 bersamaan 8 Ramadan 1425H merupakan tarikh bersejarah kepada KISDAR. Pada tarikh tersebut, KISDAR secara rasmi telah dipelawa untuk dinaik taraf sebagai sebuah Kolej Universiti dalam satu majlis rasmi di Hotel J.W. Marriot, Putrajaya. Dalam berkat dan suasana bulan Ramadan yang mulia itulah, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Syafie Salleh yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menganugerahkan KISDAR sijil pelawaan naik taraf sebagai Kolej Universiti.

Bermula 31 Disember 2004, nama KISDAR secara rasmi diperakukan sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Perubahan kepada sebuah Kolej Universiti itu mempunyai kesan psikologi terhadap warga kolej kerana institusi telah berganjak setapak ke depan sebagai sebuah Kolej Universiti.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang,

Selangor, MALAYSIA

TEL: +603 8911 7000

FAKS: +603 8926 8462

Emel: [email protected] (kemasukan)

KLIK PAUTAN: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan Summit Hotel & Resorts (SHR) telah disaksikan oleh...
Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat. Ternyata segala perih jerih dan usaha yang disumbangkan selama 11 minggu hingga melayakkannya ke Pentas...
Sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat, komuniti ibu tunggal juga seharusnya dilihat sebagai kumpulan yang berpotensi untuk diperkasa, dan seterusnya berpeluang membina...
MAHASISWA dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya merangkul Anugerah Emas dan Gangsa di...
ALOR SETAR - Seorang pelajar sanggup menangguhkan pengajiannya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) demi menjaga ibunya yang terlantar menderita barah payudara...
KUALA LUMPUR - Tan Sri Dr Rais Yatim menjelaskan pelantikan Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) perlu disyorkan oleh kerajaan berdasarkan perlembagaan universiti...