> SEL KL > PRINTcess: Graduan UTAR perkenal servis percetakan unik hanya melalui aplikasi telefon pintar dan kod QR
PRINTcess: Graduan UTAR perkenal servis percetakan unik hanya melalui aplikasi telefon pintar dan kod QR
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 1 Februari 2019

KAJANG - Serik dengan pengalaman semasa belajar di universiti, empat sekawan Wong Zhe Jia Fook, Choong Yong Jie, Liew Chi Hoe, dan Lian Wei Kang mengambil langkah menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi oleh pelajar universiti.

Sebagai seorang graduan universiti, Wong Zhe tidak pernah lupa kesukaran yang dihadapinya untuk mencetak tugasan dan tesis.

“Walaupun teknologi semakin maju dengan kelengkapan sistem bayaran tanpa tunai, pelajar masih perlu duduk di hadapan komputer untuk mencetak tugasan dan kertas kerja. Keadaan akan menjadi lebih teruk dengan kesesakan semasa musim peperiksaan dan hujung semester.

Dari kiri... Liew, Lian, Lai Ann Key (Pereka grafik), Sheh Chun Ming (Programmer), Choong and Wong Zhe.

"Kini kami mengurangkan kerumitan ini dengan hanya sebuah aplikasi dan kod QR,” kata Wong Zhe yang juga merupakan Pengarah bagi PRINTcess Printing, sebuah aplikasi percetakan automatik yang sedang berkembang pesat.

PRINTcess telah dilancarkan di UTAR Kampus Sungai Long pada bulan Julai 2018. Dalam tempoh tiga bulan pertama, PRINTcess memperoleh lebih 1,500 orang pengguna di dalam kampus tersebut.

Wong Zhe dan kawan-kawannya berasa yakin dengan respon yang positif daripada pelajar dan mengambil keputusan untuk melebarkan servis mereka ke universiti-universiti tempatan. Sehingga Januari 2019, PRINTcess telah bertapak di UTAR Kampus Kampar, UCSI University, Universiti Putra Malaysia (UPM), New Era University College dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).

Selain kampus universiti, PRINTcess juga mensasarkan kedai serbaneka dan stesen minyak dalam jangka masa terdekat. Dalam tempoh lima tahun mereka mahu meluaskan perkhidmatan mereka ke pasaran Asia Tenggara.

Bagi memulakan PRINTcess, Wong Zhe telah mendapat bimbingan daripada UTAR Unovate Centre. Pusat ini menawarkan fasiliti dan testbed bagi pelajar UTAR yang mempunyai idea keusahawanan.

Selepas muat naik dan membuat bayaran, anda hanya perlu imbas kod QR di mana-mana mesin pencetak PRINTcess yang berdekatan.

Sistem yang diperkenalkan oleh Wong Zhe dan kawan-kawannya juga boleh dimanfaatkan di dalam pejabat bagi memantau aktiviti percetakan dalam sesebuah syarikat. Sistem ini membolehkan syarikat mengenalpasti penggunaan pencetak, termasuklah bilangan kertas yang digunakan bagi setiap kakitangan. Dengan sistem ini, penyalahgunaan mesin cetak di pejabat dapat dikesan dan ditangani.

“Buat masa ini kami tawarkan PRINTcess kepada universiti di semenanjung Malaysia. Dalam tempoh hanya tiga hari, kami akan pasang dan PRINTcess boleh mula beroperasi.

"Mesin pencetak dan promosi akan diuruskan sepenuhnya oleh kami. Apa yang anda perlu sediakan hanya ruang, dua soket elektrik dan dua IP address,” kata Wong Zhe.

“DIANA” dan “ELSA”, dua daripada empat mesin pencetak yang disediakan di UTAR Kampus Sungai Long.

Menurut Wong Zhe, cabaran yang mereka hadapi buat masa ini ialah terdapat organisasi yang melihat idea inovatif mereka sebagai satu perkara yang baru dan sukar untuk disesuaikan dengan sistem yang sedia ada. Sebaliknya, Wong Zhe menyeru organisasi untuk mengadaptasi sistem mereka sebagai satu cara untuk maju ke hadapan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KEMAJUAN teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membawa banyak perubahan dalam bidang pendidikan. Perubahan paling ketara adalah peningkatan dalam aspek sumber ilmu...
KLESF: Pameran 2018, akan dianjurkan bersama oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Akademi Kejuruteraan dan Teknologi ASEAN (AAET), Kumpulan-Industri Kerajaan Malaysia bagi...
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima dana penyelidikan sebanyak RM1 juta daripada SENA Traffic System Sdn Bhd (STS), bagi membangunkan Sistem Trafik Pintar di negara...
PADA 11 Julai lalu, saya, Siti Norakasah Azli, 22, dan Ewe Pengyan, 21, pelajar tahun dua Jurusan Undang-Undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berangkat ke...
Tanpa ibu dan ayah, siapalah kita di dunia ini. Betapa besar pengorbanan mereka yang melahirkan dan membesarkan kita, dan sebesar itu jugalah kuasa doa seorang ibu kepada anaknya....
Universiti Malaya (UM) dengan keluasan kampus utamanya 2,997,385.14 meter persegi dan dihuni 33,041 warga kampus, berjaya menduduki tangga ke-36 Universiti Paling Lestari di Dunia...