> > Emak ayah dah meninggal kini rumah pula terbakar, 10 beradik hilang tempat berlindung
Emak ayah dah meninggal kini rumah pula terbakar, 10 beradik hilang tempat berlindung
SAMSUDIN OLI MOHAMED Jumaat | 1 Februari 2019

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKTBN Temerloh dan Persatuan Alumni ILKBS merayu bantuan dan sumbangan bagi membantu pelajar semester dua IKTBN Temerloh, Pahang, Muhamad Rahmat Samli pelajar Jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan.

Menurut Pengarah IKTBN Temerloh, Dr Mohd Yusoff Abu Bakar, ayah pelajar ini telah meninggal pada tahun 2016 dan dua minggu lalu ibunya pula meninggal.

Muhamad Rahmat Samli

Ibarat jatuh di timpa tangga kini rumah yang didiami oleh sepuluh adik beradiknya di 399 Felda Chini 1, Pekan, Pahang pula terbakar.

Mereka kini menumpang di rumah jiran berdekatan.

Keadaan rumah selepas kebakaran

“Penyelaras MPP Mohd Faizal Abd Salim dan Presiden MPP Mohamad Sahfudin Che Hassan telah mengerakkan tabung bagi membantu pelajar ini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu mereka yang ingin membantu pelajar ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun 06-028-02-450696-2 (Bank Islam) Tetuan Majlis Perwakilan Pelajar IKTBNT atau menghubungi talian 0122243985 dan 0174729890 untuk keterangan lanjut.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SETIAP orang punya idolanya sendiri. Begitu juga dengan personaliti Ikon kali ini yang menamakan bapanya sebagai idola.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut telah berjaya mengumpul barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan, Sabah baru-baru ini.
KOTA SAMARAHAN - Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS Sesi 2018/2019 telah diadakan pada 3 Disember 2018 bertempat di...
KUALA NERUS - Buat julung kalinya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Monsoon Beach Challenge 2018 bertujuan mengeratkan semangat perpaduan dan kesukanan dalam...
Pelajar Jabatan Perdagangan, Muhammad Saifullah Saple dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kota Kinabalu Tahun 2019 setelah mendapat undian...
Universiti bukan hanya tempat untuk mendapatkan ijazah serta kelayakan tinggi untuk mengubah kehidupan malahan juga berfungsi sebagai platform untuk membina asas kepimpinan yang...