> SEL KL > UIAM amal polisi inklusif OKU
UIAM amal polisi inklusif OKU
ROSLAN RUSLY, UIAM Ahad | 3 Februari 2019

GOMBAK - Seramai 321 orang pelajar tempatan dan seramai 302 orang pelajar antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu untuk kemasukan 2018/2019 hadir dalam upacara bai’ah atau majlis ikrar pelajar baharu yang berlangsung di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM Kampus Gombak di sini baru-baru ini.

Pada pengambilan pelajar kali ini, UIAM mengamalkan polisi inklusif Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dilancarkan pada November tahun lepas.

Sebahagian pelajar baharu membaca ikrar pada majlis angkat sumpah di UIAM. (FOTO UIAM)
Apabila polisi ini diguna pakai ia akan menjadikan UIAM sebagai salah sebuah universiti yang mesra OKU iaitu dengan menyediakan keperluan khas untuk semua kategori OKU. Ia bukan sahaja untuk pelajar malah untuk kakitangan juga.

Ini bermakna semua aktiviti dan program yang dianjurkan oleh universiti, pelajar dan kakitangan OKU akan dapat menyertai ia termasuk dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.

Dalam majlis sama juga, terdapat tiga orang pelajar baharu yang dikategorikan dalam kalangan OKU. Mereka ialah Ahmad Danial Mohd Sani (OKU Buta Penglihatan Sepenuhnya) dan beliau juga pemegang Diploma Tahfiz Darul Quran. Ahmad Hazmi Johari (OKU Pendengaran dan Pertuturan) dan Nurrulaini Ahmad (OKU Fizikal-Rendah).

Dr Dzulkifli beramah mesra dengan Ahmad Danial (dua, kanan), Ahmad Hazmi (kanan) dan Nurulaini (dua, kiri) pada majlis angkat sumpah sebagai pelajar baharu UIAM di Gombak. (FOTO UIAM)
Di UIAM juga wujudnya satu unit yang menjaga hal ehwal kalangan OKU iaitu Unit Perkhidmatan OKU yang bernaung di bawah Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) yang diterajui Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin.

Pada kemasukan kali ini seramai 326 orang pelajar perempuan dan 297 orang pelajar lelaki berjaya melanjutkan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang masing-masing.

Dr Dzulkifli beramah mesra dengan sebahagian pelajar baharu UIAM. (FOTO UIAM)

Untuk kemasukan kali ini, semua pelajar baharu ini datangnya dari Pusat Asasi UIAM dan kemasukan dari program kerjasama Darul Quran.

Majlis bai’ah adalah acara kemuncak dan merupakan penutup untuk minggu Ta’aruf (suai kenal) bagi pelajar baharu. Ia juga adalah sebagai simbolik ataupun menandakan bahawa mereka secara rasminya telah menjadi pelajar ataupun warga UIAM.

Sepanjang tempoh minggu Ta’aruf ini, pelbagai aktiviti dijalankan dan antaranya ialah sesi suai kenal di peringkat Kulliyyah, sesi pengenalan tentang fungsi-fungsi setiap jabatan yang ada di universiti dan sesi taklimat berkaitan hal ehwal pelajar.

Majlis bai'ah pelajar baharu UIAM Sesi 2018-2019. (FOTO UIAM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Kementerian Pendidikan telah mengemukakan cadangan beberapa nama bagi mengisi jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu kepada Perdana Menteri Tun...
Persidangan Antarabangsa Seni Bina Masjid (ICMA) kembali untuk edisi kedua yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 25 hingga 27 November 2019.
KUALA LUMPUR - Pelantikan menteri sebagai presiden institusi pengajian tinggi (IPT) bukanlah perkara baharu malah dilihat tiada konflik mengenainya. Bekas timbalan rektor hal...
GOMBAK - Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga Timbalan Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 17/18 (MPP UIAM), Raudhatul Jannah Mohd Rozli...
GOMBAK - Seramai 5,413 graduan akan diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang ke-34. Majlis ini dijadualkan berlangsung sebanyak tujuh...
GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan satu siri debat awam yang merupakan sebuah inisiatif bagi...