> SUKAN > UniKL kukuh cengkaman di persada Liga Perdana
UniKL kukuh cengkaman di persada Liga Perdana
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 4 Februari 2019

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menewaskan Pasukan Hoki Terengganu (THT) 3-1 di Stadium Tengku Abdullah, Bangi semalam, sekali gus kekal di tangga teratas Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia dengan 19 mata.

Kemenangan UniKL itu juga menyaksikan peluang THT untuk mempertahankan kejuaraan liga semakin tipis selepas menduduki tangga ketiga dengan 13 mata. Bagaimanapun, Ketua Jurulatih UniKL, Arul Selvaraj tidak mahu barisan pemainnya terlalu meraikan kemenangan itu kerana menganggap perjalanan untuk memenangi kejuaraan liga masih panjang.

"Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kejuaraan liga. Kami perlu terus fokus dan sudah pasti kejayaan akan hadir juga selepas itu.

"Namun, apa yang positif dengan kemenangan ini, ia membolehkan kami untuk terus menjarakkan diri dengan pasukan lain," katanya.

Turun di gelanggang sendiri, UniKL dilihat cukup bersemangat memburu kemenangan dan hasilnya, mereka memperoleh gol menerusi Robbert Kemperman, Muhamad Hafiz Zainol dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin.

THT memperoleh gol tunggal menerusi Jang Jonghyun yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-48.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) membuka tirai 2019 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) Thunderbolts pada aksi suku...
PUTRAJAYA - Kajian dan penyelidikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan efisiensi strategi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensi...
Berikut adalah biodata rasmi Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bidang kejuruteraan, sains komputer, teknologi maklumat dan sains
SITIAWAN - Seorang warga emas melahirkan rasa terharu apabila kesusahan hidup dia dan keluarganya mendapat perhatian pihak Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Of Marine...
KUALA LUMPUR - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad, Yang Mulia Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga...