> 129 peserta INOVSP19 pertaruh bakat
129 peserta INOVSP19 pertaruh bakat
WARTAWAN SINAR HARIAN Isnin | 4 Februari 2019

SUNGAI PETANI - Seramai 129 pelajar mengambil bahagian sempena Hari Inovasi Kolej Komuniti Sungai Petani 2019 (INOVSP19) yang menampilkan hasil kreativiti dan inovasi tersendiri.

Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) Najmiah Abdullah berkata, INOVSP19 merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi mencungkil idea dan kemahiran dalam kalangan pelajar dengan bimbingan pensyarah.

Menurutnya, dua kategori dipertandingkan iaitu kategori makanan dan minuman serta kategori umum yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran, perkhidmatan dan pemasaran, pemasaran produk dan produk terapi kecantikan dan spa.

"Bagi kategori umum sebanyak 24 kumpulan telah menyertai inovasi kali ini diikuti sebanyak 17 kumpulan bagi kategori makanan dan minuman membabitkan penglibatan keseluruhan 129 peserta," katanya.

Menurut beliau, program diharap dapat meningkatkan daya produktiviti dalam kalangan pelajar selain membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk menghasilkan produk inovasi yang memberi impak tinggi kepada masyarakat.

Dalam pertandingan itu, pemenang pingat emas kategori makanan dan minuman dimenangi Sumee sup bagi tempat pertama, tepung ubi Kemili bagi tempat kedua dan Marmalade kulit mangga bagi tempat ketiga.

Manakala bagi kategori umum dimenangi Loafah berus mandian dan Kur’min soap, smart cover pitcher dan suspension mobile changing.

Pertandingan berkenaan turut mendapat bantuan juri dari enam ahli Malaysia Research and Innovation Society (MyRIS) merangkap pensyarah Universiti Malaysia Perlis.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PERLIS - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menerima Anugerah Pendidikan Sains daripada Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) dalam Majlis Penyampaian Hadiah MTSF ke-25,...
KOTA KINABALU - Ilmu dan budaya ilmu sangat penting dalam proses pembangunan diri, organisasi, negara dan tamadun kata Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D...
Bengkel Penulisan Kreatif & Kewartawanan serta Bengkel Fotografi & Adobe Photoshop telah berlangsung dengan jayanya pada 6 dan 7 Oktober di Bangunan Lestari, Universiti Pertahanan...
KOTA BHARU – Universti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menghimpunkan kira-kira 100 pemain industri bagi tujuan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan inovasi universiti...
DUBAI – Pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 dibuka secara rasmi sebentar tadi oleh Pemerintah Dubai, Syeikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dalam majlis penuh...
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak, Johor merupakan salah satu Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) telah menyertai tiga pertandingan kreativiti dan inovasi...