> PAHANG > Memperkasa TVET melalui kolaborasi berterusan dengan pihak industri
Memperkasa TVET melalui kolaborasi berterusan dengan pihak industri

KUALA LUMPUR - Program “UK Malaysia Rail Sector Skills Workshop” menjadi medan perkongsian terbaik buat Kolej Komuniti Kuantan dalam usaha memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Malah program itu juga dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan atau menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan dengan wujudnya kolaborasi berterusan dengan pihak industri.

Bengkel anjuran British High Commission Kuala Lumpur and Department for International Trade telah disertai oleh dua orang Pensyarah Kolej Komuniti Kuantan iaitu Pensyarah Pengajian Am dan juga Pegawai Penyelidikan dan Inovasi, Chen Min Li dan Pensyarah Program Teknologi Pembuatan Mohamed, Hadry Abu Bakar.

Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni, Kolej Komuniti Kuantan, Mohd Hisbul Hadi Mat Hassan berkata, bengkel ini telah berlangsung pada 30 Januari lalu bertempat di KL Hilton dan Kolej Komuniti Kuantan yang mewakili Jabatan Pendidikan Politkenik dan Kolej Komuniti (JPPKK) merupakan wakil tunggal Kolej Komuniti Malaysia yang dijemput menyertai bengkel ini.

Katanya, kolaborasi ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir atau separa mahir dalam bidang Tunnel Mechanic.

Sebahagian daripada alumni Kolej Komuniti Kuantan semasa menjalani latihan di Tunnelling Trainning Academy, MMC-GAMUDA KVMRT (Tunnel) Sdn. Bhd., Kota Kemuning, Shah Alam.

"Kekurangan tenaga pekerja tempatan yang mahir dalam Tunnel Mechanic dan kebergantungan terhadap pekerja asing menjadi asas untuk program ini diteruskan.

"Program ini juga merupakan sebahagian usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti dan bagi tempoh 2013 hingga 2018, seramai 61 graduan Kolej Komuniti Kuantan telah diterima bekerja di MMC-GAMUDA KVMRT (Tunnel) Sdn. Bhd," katanya.

Mohd Hisbul Hadi berkata, graduan terbabit merupakan lepasan Program Sijil Teknologi Pembuatan, Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan) dan Program Sijil Teknologi Senibina.

Tambahnya, para alumni Kolej Komuniti Kuantan juga turut mendapat pujian daripada pihak industri mahupun para Jurutera negara luar yang menampilkan prestasi memberangsangkan dalam pembinaan terowong KVMRT di Kuala Lumpur.

"Sebanyak 90.2% daripada keseluruhan pelajar yang diterima bekerja merupakan graduan lulusan Program Sijil Teknologi Pembuatan.

"Antara jawatan yang ditawarkan adalah Site Supervisor, Tunnel Mechanical Assistant, Tunnel Electrical Assistant, Mechanical Tunnel Crew dan Electrical Tunnel Crew," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PENDIDIKAN dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) adalah sebuah topik yang sedang hangat diperbincangkan dewasa ini. Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) juga telah memberi tumpuan...
BATU PAHAT - Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET) yang akan membantu kerajaan meningkatkan kualiti...
Gerakan TVET Nasional (GTN) melahirkan kebimbangan terhadap tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang melepaskan beberapa jawatan di dalam parti dan kerajaan.
DURIAN TUNGGAL - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus bergiat aktif dalam usaha pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tinggi negara. Sehubungan...
PORT DICKSON - Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MALPTAAC) menjadi medan terbaik menguji tahap kesiapsiagaan serta mempraktikkan pelbagai cabang ilmu ketenteraan dan...
KUANTAN – Seramai 48 orang pelajar Kolej Komuniti Kuantan dan Polsri, Palembang, Indonesia berjaya meraih keuntungan sebanyak RM1,360 setelah mengharungi cabaran berniaga selama...