> KELANTAN > KRT, USM bekerjasama bersihkan Pekan Gunong
KRT, USM bekerjasama bersihkan Pekan Gunong
WARTAWAN SINAR HARIAN Isnin | 4 Februari 2019

BACHOK - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gunong bersama penuntut Jabatan Imunologi Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kering bekerjasama dalam program membersihkan Pekan Gunong sempena program Mencintai Kebersihan dan Kesihatan.

Pengerusi KRT Gunong, Asli Mat Deris berkata, program tersebut membangkitkan kesedaran orang ramai berhubung kepentingan menjaga kebersihan.

“Saya berharap kerjasama KRT dengan USM ini dapat diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada orang ramai.

“Apa yang penting kepada kita adalah untuk menyampaikan mesej kebersihan kepada masyarakat bagi menjamin kesihatan mereka,” katanya.

Asli berkata, KRT sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak di negeri ini pada masa depan demi kebaikan semua pihak.

Jelasnya, program kerjasama memberi kesan lebih baik umpama bebanan berat menjadi ringan jika dipikul secara bersama dengan persefahaman yang kuat.

“Dalam KRT ini sendiri, kita membina hubungan baik dengan masing-masing memahami konsep kesukarelawan, masyarakat sentiasa ringan tulang untuk membantu,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Demi ubah sikap dan didik penduduk cara urus sampah dengan betul.
KOTA BHARU - Pertubuhan Gabungan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) menggunakan sistem radio kecemasan (ERS) untuk memudahkan komunikasi menyelamat mangsa banjir di Kelantan. Ahli...
PIHAK Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) telah bekerjasama dengan Kelab Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mengadakan sesi perbincangan bersama wakil...
PULAU PINANG – Juara pertandingan Ratu Kebaya Pulau Pinang tahun lalu yang berasal dari Rusia teruja apabila berjaya menamatkan pengajian dan berijazah dalam Upacara Konvokesyen...
Seorang penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diraikan dalam Majlis Mini Konvokesyennya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dengan penuh adat...
GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Universitas Negeri Semarang, Indonesia untuk...