> IKON > Datuk Dr Beth Baikan, manfaat kepakaran cipta taman Edible Tunnel & Maze untuk UMK
Datuk Dr Beth Baikan, manfaat kepakaran cipta taman Edible Tunnel & Maze untuk UMK
ZALMIMAZURA ZAHARI Khamis | 7 Februari 2019

Datuk Dr Beth Baikan bukanlah satu nama asing dalam dunia penyelidikan pertanian. Memegang jawatan sebagai Ketua Penyelidikan Pembangunan dan Lanjutan Pertanian Institut Keselamatan Makanan dan Pertanian Mampan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli, Dr Beth telah banyak menyumbangkan kepakaran dan dalam menyediakan segala kajian Alam Sekitar (EIA), sosioekonomi dan segala kajian yang berkait dengan alam sekitar.

Sebelum menyertai Universiti Malaysia Kelantan, beliau adalah pemilik dan Pengarah Urusan Pengurusan dan Perancangan Alam Sekitar Mampan Sdn. Bhd dari 1997 - 2016.

Dr Beth Baikan

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan pertanian dan penyelidikan sosioekonomi, yang mana pernah berkhidmat di Jabatan Pertanian Sabah selama 10 tahun sebagai Pegawai Pengembangan Pertanian (Agriculture Extension Officer).

Sumbangan pertanian kepada negara

Di samping itu selain bekerja sebagai pengarah syarikat dan jawatan antarabangsa, Dr Beth juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah selama 8 tahun, memegang jawatan sebagai Founding Trustee (Pemegang Amanah),Yayasan Inovasi Malaysia dan juga sebagai Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC).

Maka tak hairanlah dengan kepakaran yang dimilikinya Dr Beth banyak memberi sumbangan yang tidak ternilai buat institusi dan juga negara.

“Pertanian merupakan tulang belakang sesebuah negara membangun. Pertanian sangat penting dalam ekonomi negara terutamanya Malaysia. Oleh itu, apa yang menarik tentang pengurusan pertanian ialah, kalau ianya diurus dengan baik dan sempurna, kita mendapat faedah yang berganda.

Salah satu aktiviti pertanian yang dijalankan oleh Dr Beth bersama para pelajarnya.

“Pertama sekali, pertanian bukan hanya sekadar menghasilkan tanaman tetapi ianya memerlukan kita menangani isu dari segi keuntungan, kesuburan, pemuliharaan, dan keindahan landskap sekitaran. Pengetahuan dan profesionalisme seorang pengurus ladang adalah sangat penting untuk memaksimumkan penghasilan dan pendapatan tanah ladang sambil memulihara keindahan alam sekitar,” kata Dr Beth.

Dr Beth dan para pelajarnya dalam satu aktiviti pertanian yang dilakukan.

Ciptaan Garden Landscape Edible

Menariknya, Dr Beth telah berjaya mewujudkan Garden Lanscape Edible dengan reka bentuk maze, iaitu yang pertama di Malaysia dan juga membina 2 taman Edible Tunnel untuk UMK yang mana merupakan terowong pertama yang boleh dimanfaatkan dalam suasana universiti.

Menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut, Dr Beth memberitahu bahawa kewujudan Edible Landskap ini sebenarnya dilakukan dengan tidak sengaja.

“Dalam subjek Turfgrass Management and Landscape, saya memerlukan kawasan untuk mengajar penuntut bagaimana mengintegrasikan rumput turf dalam landskap. Namun malangnya, tiada kawasan yang sesuai digunakan untuk tujuan ini. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan kawasan yang terbiar, dipenuhi sampah sarap dan kawasan lumpur di kawasan kompleks bangunan IFSSA.

Kawasan asal, sebelum dijadikan Edible Maze Garden.

“Kawasan ini adalah kawasan berlumpur dan penuh dengan limbah konstruksi. Dengan itu, Maze Garden Design digunakan kerana ketidaksesuaian tanah di lokasi yang lumpur, berbatu, dan terlalu banyak limbah konstruksi di bawah permukaan. Design Maze Garden memungkinkan kami membangun batas yang ditinggikan menggunakan wire mesh.

Kawasan setelah diwujudkan Edible Maze Garden

“Pembangunan kebun ini menghadapi banyak rintangan kerana ketiadaan tanah (topsoil) jadi kami harus berfikir di luar kotak dan menggunakan pasir konstruksi sebagai gantinya. Oleh kerana untuk mewujudkan sesuatu landskap memakan belanja yang amat tinggi, jadi sebab itulah, saya syorkan kebun Maze ini dijadikan “edible landscape” supaya, mendapat pulangan dari hasil jualan tanaman,” katanya.

Kelebihan Edible Landscape

Akui Dr Beth, bidang Edible Lanscape memberi banyak faedah dan lebih menguntungkan, antaranya, memberi peningkatan keselamatan makanan kerana kita tahu di mana makanan kita datang, memaksimumkan penggunaan ruang kecil untuk estetika dan pengeluaran tanaman, melindungi alam sekitar dan mengurangkan input tenaga, menikmati kesegaran, pemakanan dan rasa atau buah-buahan serta sayur-sayuran yang tumbuh secara semula jadi.

Kewujudan Tunnel Garden sebagai keperluan pengajaran praktikal untuk pelajar mempelajari mereka bentuk edible landscape di kawasan sempit.

“Apa yang saya harapkan dengan kewujudan Edible Lanscape ini dapat dikekalkan dan dipelihara dengan baik supaya hasilnya dapat dinikmati secara berterusan,” katanya.

Latar pendidikan:

- Mengikuti Latihan Pertanian selama 9 bulan (Certificate of Agriculture- dalam bidang Pengurusan Ekonomi Rumah Tangga)

- Latihan Pertanian Voctional dalam bidang Jentera pertanian dan Agronomy selama 3 tahun.

- Melanjutkan pelajaran dalam bidang Agronomy dan Agribusiness Economics di peringkat Bachelor Degree di Southeast Missouri University, Cape Giradeau, USA.

- Melanjutkan pelajaran dalam bidang Agribusiness Economics and Plant nutrition di peringkat Masters Degree, di Southern Illionois University, Carbondale, USA.

- Menyambung Ph.D dalam bidang Turfgrass Management (Soil Water Conservation in Turfgrass) and Production Economics dari Cornell University, New York, USA.

- Menyambung Post Doctoral, penyelidikan dalam bidang Molecular Biology (DNA-Fingerprinting of Turfgrass Genes) dan Turfgrass Breeding.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BERTERASKAN perkongsian kepakaran kejuruteraan antara penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (SMKIS) Jasin di bawah...
Program Gema Gegar Vaganza (GGV) telah menemukan dua penyanyi mantap ini dalam genre masing-masing. Siapa yang tidak terpersona dengan alunan vokal gemersik penyanyi ketuhanan...
Sejarah tercipta pada hari ini apabila UNIMASfm dan TV UNIMAS dilancarkan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di Mini...
PENGKALAN CHEPA - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperkenalkan 11 produk baharu hasil daripada penyelidikan dan inovasi yang memberi manfaat kepada kemajuan dan pembangunan...
KOTA BHARU – Universti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menghimpunkan kira-kira 100 pemain industri bagi tujuan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan inovasi universiti...
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melancarkan Program Pemerkasaan Keusahawanan Komuniti peringkat jajahan Tumpat yang bermatlamat untuk menghasilkan indikator dan instrumen...