> KELANTAN > KIAS anjur program percuma perhalusi bacaan al-Fatihah agar tak jejaskan kesempurnaan solat
KIAS anjur program percuma perhalusi bacaan al-Fatihah agar tak jejaskan kesempurnaan solat
WARTAWAN SINAR HARIAN Khamis | 7 Februari 2019

MACHANG - Menyedari kepentingan menguasai bacaan al-Fatihah dengan betul, Jabatan al-Quran dan Hadis, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menganjurkan Program Klinik Pakar Bergerak Siri 1 sebagai satu aktiviti kemasyarakatan untuk sumbangan kepada masyarakat.

Pengarah Programnya, Muhammad Amiri Ab Ghani berkata, program kerjasama dengan kelab Mahasiswa Diploma Qiraat dan Tarannum dan Diploma Tahfiz al-Quran, KIAS, Nadwatul Qurra’ itu dilaksanakan secara bergerak dengan melibatkan beberapa lokasi di negeri ini termasuk Machang.

Menurutnya, program secara percuma tersebut bertujuan mempertingkatkan dan memperbetulkan bacaan surah al-Fatihah dalam kalangan masyarakat melibatkan pelbagai peringkat umur.

“Umumnya mengetahui dan menyedari bahawa surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun qauli dalam solat.

“Justeru, amat penting bagi seorang muslim memperhalusi bacaan al-Fatihah agar tidak berlaku al-lahn (kesalahan) dalam bacaan tersebut sama ada lahn khafiyy atau lahn jaliyy yang boleh menjejaskan kesempurnaan ibadat solat.

“Orang ramai juga rasa lebih yakin berkaitan dengan bacaan al-Fatihah kerana ianya disemak dan disahkan betul dari segi makhraj huruf dan sebutan,” katanya.

Muhammad Amiri berkata, program siri satu tersebut juga melibatkan Masjid Al-Hidayah, Kampung Pos Hendrop, Gua Musang dan beberapa masjid di Kuala Krai.

Katanya, dalam masa yang sama, pihaknya dapat berkongsi tentang peluang-peluang menyambung pengajian di KIAS dan mempromosikan Jabatan al-Quran & Hadis, KIAS.

Tambahnya, program tersebut akan diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih banyak lokasi terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar bagi sama-sama meningkatkan kualiti bacaan surah tersebut.

“Dalam masa yang sama, program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelaan,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KOTA BHARU - Penghormatan yang besar buat Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) apabila menjadi tuan rumah buat pertama kalinya bagi Kejohanan Sukan IPTS (Masiswa)...
Kerajaan Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) hari ini menandatangani perjanjian kerjasama pendidikan dengan Universiti Ez-zitouna, Tunisia dalam usaha menyemarakkan ilmu...
Jarang sekali kita dengar gadis yang memakai niqab turut serta dalam aktiviti sukan lasak. Kali ini kita berkenalan dengan seorang pelajar dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan...
KUALA NERUS – Bersempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September lalu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (MPP UMT) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan...
PUTRAJAYA - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga universiti Maghribi untuk memperluaskan rangkaian...
Seringkali kita dengar orang berkata, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah satu pencapaian yang menentukan masa depan seseorang sama ada berjaya atau tidak. Ada benarnya...