> PERAK > Eksplorasi Kembara PUO, MHM hargai khazanah alam
Eksplorasi Kembara PUO, MHM hargai khazanah alam
MOHD ASWADI MUHAMAD Khamis | 7 Februari 2019

IPOH - Bertepatan tema ‘Menghayati dan Menghargai Khazanah Warisan’, seramai 40 peserta Eksplorasi Kembara 2019 menjalani pelbagai aktiviti yang dapat mempertingkat kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Eksplorasi sehari anjuran Kelab Kembara, Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan kerjasama Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) itu bertempat di Bukit Kledang di sini, baru-baru ini.

Wajah-wajah ceria di sepanjang laluan sambil menikmati suasana alam semulajadi.

Setiausaha Persatuan MHM, Dr Razul Ikmal Ramli berkata program itu bertujuan mengajak masyarakat menyelami isu alam sekitar dan kebersihan dari mata hati demi menjamin kesejahteraan serta kelangsungan hidup manusia sejagat.

"Program ini diharap dapat membudayakan semangat setiakawan, jati diri serta komitmen yang tinggi di kalangan peserta. Paling penting ianya juga mendidik mereka untuk menjadi warganegara yang peka, mampu melihat melalui mata hati dan bertindak secara matang dalam menangani isu kelestarian khususnya konservasi alam sekitar secara lestari,” katanya.

Tambah Pensyarah Kokurikulum Kelab Kembara PUO, Khairol Hisam Hamran, pula berkata eksplorasi itu turut menyemai sikap, etika, semangat profesionalisme dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta meliputi 40 ahli kelab terbabit dan lima wakil Persatuan MHM.

Berkesempatan berehat, mandi-manda menikmati alam semulajadi yang perlu dijaga supaya generasi akan datang dapat mengecapinya.

“Program ini juga adalah suatu bentuk tanggungjawab sosial bertujuan menambah kesedaran mengenai aktiviti fizikal dan mental, selain membuka peluang untuk pelajar meningkatkan kemahiran insaniah serta kebolehpasaran diri mereka,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Kelab Kembara PUO, Nur Izati Mohd Ibrahim, yang mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan mengaku aktiviti dijalankan menyuntik banyak manfaat dari segi kesihatan fizikal dan mental.

Mendaki sambil memungut sampah tak terurai suatu aktiviti yang menghilangkan rasa penat mendaki.

“Di samping dapat mendekatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan, ia juga membantu mengeratkan silaturahim dan memberi banyak ilmu pengetahuan seperti kaedah yang betul mendaki bukit. Berkesempatan dengan ini, kami dapat membersihkan laluan dengan memungut sampah yang tidak terurai. Saya berharap program sebegini akan diteruskan pada masa depan,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BANTING – Kelab Futsal BHSN223A Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan program Futsal for Fun 2018 bertempat di SMK Banting, Telok Datok, Banting,...
Program kesedaran aktiviti sukan renang telah diadakan pada 8 Disember 2018 lalu bertempat di Kolam Renang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
KUANTAN - Seni kraf Orang Asli perlu dimuziumkan supaya dapat mengekal dan memelihara warisan budaya kesenian masyarakat itu pada masa akan datang. Yang Dipertua Majlis Ugama...
PAHANG - Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dengan jayanya telah menganjurkan Induksi Perdana Fasilitator Minggu Haluan Siswa USAS 2019 pada 28 Januari 2019 hingga 30 Januari 2019...
Amanat Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 2019, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi telah berlangsung hari ini bertempat di Dewan Arena Gemilang, DeTAR PUTRA,...
KUALA LUMPUR - Musim konvokesyen Universiti Awam (UA) kembali lagi. Terkini Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) mempertaruhkan pelbagai aktiviti yang memberi satu lagi...