> Menang emas! Siapa sangka, produk berasaskan pokok sawit curi tumpuan di IPITEx 2019
Menang emas! Siapa sangka, produk berasaskan pokok sawit curi tumpuan di IPITEx 2019
AMIRUL SALAM, UMT Khamis | 7 Februari 2019

KUALA NERUS – Produk inovasi 'New Innovative Palm Trunk Plywood’ diangkat sebagai pemenang pingat emas dalam penganjuran Pameran Harta Intelek Antarabangsa, Inovasi, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (IPITEx) Bangkok 2019 yang diadakan di Thailand pada 2-6 Februari lalu.

Penyelidiknya, Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali turut dijemput sebagai pengucap bagi konferensi IconGeTech 2019 sempena penganjuran tersebut.

Poster grafik projek inovasi yang mendapat pingat emas di IPITEX2019. (FOTO UMT).
“Alhamdulillah, produk yang berasaskan pokok sawit ini mendapat perhatian banyak pihak dan mencuri tumpuan panel penilai IPITEx 2019. Produk ini dilihat mampu menggantikan bahan-bahan asas bagi produk lain yang berasaskan kayu.
Dr. Che Mohd Ruzaidi menerima hadiah penghargaan daripada Poland Inventor Association. (FOTO UMT).

“Penggunaan pokok sawit ini juga mesra alam kerana menggunakan kaedah guna semula bahan yang terbuang dan mempunyai kualiti lebih baik," ujarnya yang juga Timbalan Naib Canselor (HEPA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Tambahnya, projek yang diketengahkan itu turut mendapat perhatian daripada pihak Sibiu University, Romania dengan menganugerahkan sijil kecemerlangan (Excellence Certificate) sempena IPITEx tersebut.

Dr. Che Mohd Ruzaidi ketika berucap sempena IPITEX2019. (FOTO UMT).
IPITEx 2019 menyaksikan lebih daripada 1,000 produk ciptaan baharu melibatkan 20,000 penyelidik dan saintis mempamerkan hasil inovasi masing-masing mengikut pelbagai kategori.

Penganjuran IPITEx bukan sahaja merupakan acara tahunan penting di Thailand tetapi juga salah satu pertandingan penciptaan terbesar di Asia.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MSU melalui Faculty Information Sciences and Engineering (FISE), baru-baru ini telah menganjurkan edisi ke-8, iReX 2018 bertemakan ‘Techtour, Techcom, Technopreneur’...
Kebiasaannya, pensyarah akan mengusulkan buku-buku tertentu untuk dibeli oleh pelajar kerana ia dijadikan teks rujukan dalam kuliah.
Tuah kolaborasi antara Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Nofaiza Fuad (Ketua Penyelidik) dengan Kolej...
HASIL inovasi para pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya meraih kemenangan besar...
ARAU - “3rd Innovation Competition 2018” yang telah dianjurkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) ini telah mencetuskan budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan...
DURIAN TUNGGAL - Pusat Pengkomersilan (UCC), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Ilmu yang yang berfokus kepada “Overview Of IP,...